Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ada i/c ?

Op Daulat: 44 lagi ditahan di Semporna
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN & NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
10 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
SEMPORNA - Op Daulat pasukan keselamatan yang masuk minggu kedua menahan 44 orang lagi dipercayai ada kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Empat daripadanya adalah antara suspek yang disyaki terlibat dengan kegiatan penceroboh.
Kesemua mereka berusia 18 tahun ke atas dan empat daripadanya adalah wanita.

Bagaimanapun, polis telah membebaskan 11 daripada mereka dalam operasi yang dibuat di Kampung Pinggir Bakau di sini, kira-kira dua kilometer dari Kampung Simunul, lokasi mengorbankan enam anggota polis Sabtu lalu.
 
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, operasi berkenaan dilakukan antara jam 6.30 pagi hingga 9 pagi tadi.

"Kesemua mereka yang ditahan dipercayai melindungi penjenayah Sulu. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu untuk membantu siasatan.

"Operasi berkenaan bagi melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti kaitan dengan kejadian ini," katanya.


Sementara itu beliau berkata, orang ramai tidak perlu risau dengan pertambahan anggota keselamatan polis dan tentera di sini.


"Ini adalah bagi menambah keyakinan masyarakat dan disarankan tidak panik dengan sebarang kejadian," katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.