Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADAKAH SPR TELAH BUAT KERJA DENGAN TELITI

Isu Papa Gomo: SPR tidak mahu ada pengundi daftar dua kali Wartawan Sinar Harian 23 Mac 2013 JANDA BAIK - Sambil menegaskan mahu memastikan tidak wujud "pendaftaran pemilih dua kali", Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan bahawa pemblog Papa Gomo didapati tersenarai sebagai pengundi pos walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai anggota polis trafik. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak mahu wujud "pendaftaran dua kali" sama ada pemilih awam-awam, awam-polis atau awam-tentera. "SPR tidak mahu ada berlaku pertindihan, ada yang didakwa daftar dua kali," kata beliau kepada media selepas Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini. Abdul Aziz berkata, SPR dari semasa ke semasa mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan tidak ada pendaftaran dua kali seseorang pengundi. "Lebih-lebih lagi apabila anggota polis dan tentera, ada yang menggunakan kad pengenalan awam... dalam MyKad ada nombor polis dan tentera, sama ada yang sedang bertugas ataupun sudah bersara," katanya. Kata beliau, SPR telah berusaha untuk mengelakkan pendaftaran pemilih dua kali dan "ada yang kita telah potong." "Dalam kes ini, kita sedang siasat, apabila selesai nanti, kami akan mengeluarkan satu kenyataan," kata beliau yang sambil menambah, kemungkinan individu berkenaan akan mengundia dua kali tidak ada. "Sebab apa? Sebab kita akan menggunakan dakwat kekal," katanya. Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian yang disiarkan hari ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya memohon mana-mana pihak tampil membuat aduan jika mendapati ada individu dikatakan mengundi lebih sekali di kawasan berbeza atau istilahnya, pengundi hantu. Kata Wan Ahmad, pihaknya akan meneliti dan mengambil tindakan sekiranya didapati dakwaan tersebut sah bersama-sama bukti yang dikemukakan. Katanya, menerusi sistem pengkomputeran yang canggih, setiap pengundi berdaftar hanya boleh mengundi sekali sahaja mengikut nombor kad pengenalan. Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengenai pengendali blog Papa Gomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didapati tersenarai sebagai pengundi pos walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai anggota polis trafik. Wan Ahmad berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Katanya, Rafizi boleh membuat aduan kepada SPR untuk membuat siasatan terperinci. Rafizi dalam kenyataan media berasingan tengah hari ini berkata, pihaknya alu-alukan pengakuan Abdul Aziz bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pengundi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita tempatan hari ini. Dipetik portal berita tempatan pagi ini, kata Abdul Aziz, jika semakan SPR dengan PDRM menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan polis bagi mengelakkan undi dua kali. "Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin. "Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos. "Oleh yang demikian, saya mencadangkan Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu," katanya. Rafizi berkata, alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau. "Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papa Gomo, saya cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera," katanya. Justeru Rafizi berkata, satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi. "Sekiranya SPR masih berdolak-dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.