Khamis, 7 Mac 2013
Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata
PETALING JAYA: Malaysia menolak gencatan senjata
sebelah pihak oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis.
Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.
"Jgn percaya dgn tawaran gencatan Senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter.
0 orang berkata:
Post a Comment