Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CUI BONO

Nuffnang Ads

Rabu, 20 Mac 2013

SATU LAGI ANALISA TENTANG SANDIWARA AL-LAHAD DATU




CUI BONO – SIAPA UNTUNG?

Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin – Cui bono – siapa untung. Ayat ini mucul di kota Rom  dalam tahun 1604. Hari ini ayat ini sedang digunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5,  MI6 atau  FSB  badan risik yang menggantikan KGB di Rusia. Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan analisa politik.

Cui bono – siapa untung -  adalah teknik dan cara untuk menjalankan siasatan. Kalau FBI di Amerika membuat siasatan keatas  Mafia pembawa dadah atau kartel dadah  dari Colombia maka Cui bono ini adalah ‘Al-Fatihah’ pembuka surah. Semua badan risikan dan polis dalam dunia iani akan menggunakan cui bono – kecuali polis Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya.
Cui bono atau siapa untung ini dijadikan mantra.  Apa sahaja tindak tanduk manusia semuanya berasaskan cui bono. Gadis Iran membawa dadah ke Malaysia untuk mendapat untung ringgit dan dolar. Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty  memadamkan ‘Anak Lelaki’  untuk kelentong orang Melayu. Sangkaran Pillai menukar nama menjadi  Chandra Muzaffar  untuk tipu Melayu. Justeru manusia akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan diri. Dengan ini jika  kita mengkaji dan melakukan siasatan maka  cui bono ini adalah kunci.
Satelah memahami apa itu cui bono maka saya buka kembali  analisa  terhadap apa saya panggil Sandiwara Al-Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yang berlaku  di Lahad Datu  semuanya adalah sandiwara.  Kenapa saya berani berkata sademikian? Jawabnya cukup senang : cui bono – siapa untung.
Sebelum kita meneliti keuntungan itu biar saya bogelkan beberapa  fakta lawak. Kita diberitahu satu gerombolan 100 orang warga Sulu yang lengkap bersenjata telah masuk ke Lahad Datu. Bagaimana warga Sulu ini datang tidak jelas.
Kemudian akhabar dan media  milik United Malays National Organisation mula. memuntah berita-berita lawak lagi bodoh. Jumlah 100 orang menjadi 40. Kenapa demikian tidak jelas. Wartawan dalam dan luar negara TIDAK dibenarkan melapor. Wartawan AL-Jazeera telah ditangkap dan ditendang keluar. Yang boleh melapor hanya media milik Ketuanan Melayu.
Najib dan sepupunya Hishammuddin kurang sedar bahawa Ronald Reagan telah menghadiahkan kepada dunia apa yang dipanggil internet. Melalui sistem internet ini kita semua dapat membaca laporan-laporan dari media Filipina dan media dunia.
Dari media Filipina kita tahu bahawa sosok yang berkaca mata hitam saperti  rupa Mat Daud Kilau ialah Sultan Sulu yang tinggal di Manila. Sultan  ini sedang menuntut hak terhadap Sabah. Dari media Filipina untuk pertama kalinya rakyat Malaysia mendapat tahu secara resmi bahawa didalam perlembagaan Filipina, Sabah  adalah sebahagian dari negara Filipina. Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia tahu bahawa setiap tahun kerajaan Malaysia membayar sewa kepada Sultan Sulu kerana memakai Sabah.
Internet juga memberi kita tahu bahawa  Sultan Sulu ini ramai. Kita juga tahu bahawa Lokman Adam ialah penasehat  salah seorang dari Sultan Sulu ini. Kita juga tahu pemimpin  100 penceroboh bersenjata itu ialah bekas ADO  di Sabah dan warga Malaysia.
Pada hari kedua sesudah 100 penceroboh masuk kita diberitahu bahawa mereka ini adalah delegasi dari Sulu yang ingin berbincang  dengan seorang ‘personaliti’. Mengikut media milik   Ketuanan Melayu sesudah  berbincang dengan ‘personaliti’ ini maka gerombolan 100 orang ini akan beredar. Siapa personaliti ini  hingga ke hari ini tidak pulak diberitahu.  

Maka spekulasi timbul walaupun Ketua Polis Negara melarang kita semua berspekulasi.  Orang ramai tertanya-tanya apakah Sultan Sulu menghantar delegasi untuk meminang Ziana Zain atau datang untuk meminang  adik Ziana Zain. Untuk rakyat Malaysia pekara ini  masuk akal  kerana Najib dan sepupunya amat rapat dengan keluaraga Zain ini.
Selama 23 hari  delegasi Sultan Sulu ini ‘ bermastautin’ di Lahad Datu.  Satu Malaysia tidak tahu apa yang dibincangkan. Apa yang mereka labonkan berminggu minggu. Kelambatan Najib dan sepupunya mengambil tindakan telah menjadikan bekas MB Selangor menyinga marah. Khir Toyo telah menyelar Najib kerana gagal bertindak. Dalam bahasa anak muda Khir Toyo telah berkata : Najib ini poyo!
Tetiba sandiwara ini menjadi gempak apabila berlaku tembakan dan kematian. Jeng jeng jeng... suasana kini beralih. Maka  diumumkan secara resmi bahawa PDRM sedang menjalankan apa yang dipanggil panggil Ops Sulu.   Warga  Sulu yang mungkin  datang untuk melamar  Ziana Zain kini dianggap sebagai penceroboh.  Lawak bodoh ini terus menjadi lawak seram kerana si penceroboh  memakai pakaian seragam dan bersenjata lengkap.  Dari mana senjata ini datang walah hu alam bisawab – tidak pernah rakyat Malaysia diberitahu.
Dari awal lagi satu persoalan hakiki telah muncul. Kenapa hantar polis. Kenapa tidak dihantar tentera wal hal penceroboh ini lengkap bersenjata. Untuk membodohkan  Bani Melayu maka diumumkan bahawa Malaysia tidak boleh menghantar tentera kerana ini melanggar ‘Geneva Convention’. Kah kah kah.  Kenyatan Najib tentang ‘Geneva Convention’ membuktikan bahawa Najib ini bukan  sahaja poyo tetapi betul-betul bangang.

Najib dan sepupunya menjangkkan rakyat Malaysia ini bodoh macam telor, menerima apa sahaja yang dilaporan oleh TV3. Ini silap besar kerana rakyat Malaysia secara lojik akan bertanya  kenapa Tentera DiRaja Thai datang menyerang Gerakan Pembebasan Petani.  Atau kenapa Tentera Rusia menyerang Chechen? Kalau mengikut lojik Geneva Convention  Najib,  serangan tentera Siam ini bermakna  kerajaan Siam di Bangkok mengitiraf kerajaan Melayu Petani. Kah kah kah.
Sandiwara ini bertambah bodoh apabila jet pejuang mula menjatuhkan bom. Sandiwara  disini bukan tentang bom ini sengaja  dijatuhkan ditempat yang salah hingga  menggangu tupai dan cikah.  Babak bom ini menjadi sandiwara kerana semenjak  bila PDRM memiliki  jet pejuang.
Perhatikan betul-betul media Ketuanan Melayu sekarang. Secara di rancang Ops Sulu tetiba berubah menjadi Ops Daulat.  Penceroboh kini menjadi militan dan pengganas. Kenapa bagini?  Untuk memahami ini mari kita kembali kepada Cui bono – siapa untung dalam pementasan sandiwara ini.
Satu Malaysia tahu bahawa United Malays National Organisation akan bungkus dalam PRU13 ini. Kemenangan dalam PRU12 dahulu hanya dibantu oleh undi haram dari Sabah. Ketika sandiwara Lahad Datu dipentaskan parti Kertuanan Melayu ini sedang nyawa-nyawa ikan. Siasatan DiRaja tentang kad pengenalan segera sedang berjalan di Kota Kinabalu.  Balasubramaniam baru sahaja pulang dari India dan sedang membuka kesah jahat keluarga Najib. Adik angkat Rosmah Mansor, Deepak Jaikshan sedang meroyan ke hulu ke hilir membawa kesah ‘cintanya’ dengan Rosmah Mansor.  Muhyiddin Yassin pula sedang mengumpulkan bala tentera - lebih besar dari Tentera DiRaja Sulu -  untuk menendang Najib.
Jelas Cui bono memerlukan motif. Bukan saperti Azilah dan Sirul membunuh Altantuya tanpa motif. Motif pementasan sandiwara Al-Lahad Datu ialah untuk memadam dan memesongkan pandangan rakyat Malaysia terhadap realiti politik yang sedang berlaku. Sesak nafas  yang dihadapi Najib hilang apabila sandiwara  Ops Sulu a.k.a Ops Daulat dipentaskan.
Dengan sakelip mata kesah Bala, kesah Deepak, kesah Scorpene, kesah Najib akan didakwa di Paris – hilang dari pembacaan umum. Setiap hari media United Malays National Organisation  memaparkan sentimen sedih. Media  mengajak Bani Melayu agar bersatu  menyokong United Malays National Organisation kerana ada Mat Sulu yang dulunya diberi kad pengenalan segera kini sudah berani  melawan towkay.
Ops Daulat ini mengingatkan saya kepada PRU tahun 1964 dimana United Malays National Organisation dengan MIC dan MCA telah menang besar kerana  pada ketika itu ada musuh luar bernama Bung Karno. Kali ini dalam tahun 2013 nampaknya teknik 'mewujudkan  musuh luar’ sedang digunakan untuk mengembalikan kesetiaan anak semua bangsa yang sudah bangun untuk menerajang mampos parti Ketuanan Melayu.
Lihat bagaimana laporan membawa jenazah disiar tv terus menerus dari  lapangan terbang ke tanah perkuburan. Ini  bertujuan untuk menimbulkan simpatai kepada United Malays National Ornagisation. Belas kasehanlah kepada parti ini kerana  sedang berjuang melawan musuh dari luar. Najib dan United Malays National Organisation sedang meraih untung dari simpati  orang ramai.
Yakinlah tidak lama lagi akan diadakan perhimpunan besar-besarkan untuk membakar semangat patriotik anak semua bangsa untuk terus menyokong kerajaan  haram ini. Semua ini  adalah  skrip sandiwara Al-Lahad Datu. Saya juga tidak hairan jika akan dipentaskan beberapa sandiwara – saperti Sandiwara Prebet Adam, Al-Maunah dan dan dan.... Semua ini untuk mengolah persetujuan agar rakyat akan terus menyokong kerajaan.
Najib Razak berhujah bahawa Lahad Datu bukan sandiwara kerana adanya kematian. Untuk ini saya membawa pembaca kepada sandiwara Mei 13.  Mei 13  dipentaskan kerana United Malays National Organisation telah hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Hari ini kita faham bahawa Mei 13 ini dirancang untuk menyelamatkan kuasa elit politik. Kematian hanya memperkukuhkan lagi skrip sandiwara itu.

Statistik resmi :  antara tahun 2000 hingga Februari 2010 menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang Melayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes kematian bagi warga asing.  Soalannya kenapa Najib tidak tunggang langkang bersedih bila membaca angka kematian ini?
Kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang gugur. Kita bersimpatai kepada yang terkorban. Kita sama bersedih dengan anak, isteri dan kuam keluarga soldadu dan mata-mata yang gugur. Kita juga sama bersedih atas kematian dari pihak musuh. Tetapi adanya kematian bukan bermakna Lahad Datu tidak sandiwara.

Ini kerana Cui bono –  yang untung dalam sandiawara ialah Najib Razak dan memberi nafas unituk United Malays National Organisation. ( TT)
 NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar minngun ini sila pukul
talipon : 22 - 72 - 40- 45


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.