Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA CUMA INGATKAN JAWATAN TUH !

Mukhriz: Jangan fikir pasal calon MB

22 Mac 2013
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
JERLUN, Kedah - Anggota Umno dan penyokong Barisan Nasional (BN) di Kedah diminta tidak terlalu memikirkan siapa yang akan menjadi menteri besar jika BN berjaya menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang penting sekarang adalah untuk memastikan BN menang pada PRU itu.
  
"Letakkan dacing dulu. Bila Perdana Menteri umum bubar Dewan Rakyat dan negeri-negeri bubar DUN (Dewan Undangan Negeri), kemudian umum calon, jangan fikir itu semua (siapa jadi Menteri Besar).
  
"Fikir menangkan calon. Ini adalah masa untuk kukuhkan dan beri kekuatan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Ekspo Mini Mara dan Kampungku Mahir peringkat Kedah, di sini hari ini.
  
Katanya perkara seperti pemilihan menteri besar hanya berlaku selepas pilihan raya selesai.

Beliau berkata PRU13 juga merupakan ujian kesetiaan dan ketaatan anggota Umno serta penyokong BN kepada parti.  
  
Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun mengulas spekulasi terutama menerusi media sosial bahawa beliau akan bertanding di kerusi DUN pada PRU13 dan dilantik sebagai menteri besar jika BN kembali menguasai Kedah.
  
"Belum tentu lagi di mana saya bertanding. Pengerusi BN yang tentukan. Letaklah saya di mana saja. Saya sebagai jentera parti akan melakukan yang terbaik untuk pastikan BN menang. Saya fikir khabar angin itu satu spekulasi yang tidak kena pada masanya.
  
"Selain itu, banyak lagi proses. Kalau bertanding (DUN) nak kena menang dulu. Lepas tu kena tawan semula Kedah...mesti dapat 19 kerusi (daripada 36 kerusi DUN) atau lebih.
  
"Saya tak minat jadi ketua pembangkang...tak ada yang berebut jawatan itu. Kemudian banyak lagi proses," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.