Undi tidak pasti bagi BN walaupun gaji pasukan keselamatan dinaikkan, kata penganalisis
KUALA
LUMPUR, 12 Mac — Langkah Putrajaya untuk menaikkan gaji anggota polis
dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan
sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak (gambar)
bersetuju untuk menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat
awam lain seperti diumumkan semalam, menelan belanja RM1.5 bilion untuk
meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu
langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan
datang.
Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat
pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai
penyokong tradisonal BN. Akan tetapi maklumat lebih bebas di internet,
tempat berkempen bagi pembangkang menyebabkan persepsi tersebut dicabar,
kata penganalisis.
“Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan, akan
tetapi untuk mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum
dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan,” kata Prof Madya
Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider.
Sebelum pengumuman, PAS bergerak untuk menyaingi usaha terakhir Najib
bagi memenangi hati penjawat awam dengan menjanjikan kemudahan sama dan
memperbaiki apa-apa janji perdana menteri untuk meningkatkan gaji dan
elaun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Langkah tersebut menunjukkan persaingan bagi memenangi hati penjawat
awam yang merupakan kunci undi dari kalangan 13.3 juta pengundi
berdaftar untuk membuang undi dalam pilihan raya umum tahun ini.
PAS dan sekutunya DAP dan PKR menggemparkan BN dalam Pilihan Raya
2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen.
Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan
menyebabkan (Pakatan Rakyat) PR ditubuhkan.
PKR dari PR dilihat bekerja keras untuk mendapatkan undi dari 250,000
pengundi dari kem polis dan tentera di seluruh negara. Untuk
memperkuatkan kempen mereka, parti tersebut telah merekrut bekas jeneral
dan polis ke dalam parti mereka. Pengaruh mereka penting untuk
mendapatkan undi demografi ini kepada PR, kata pemimpin parti.
Penganalisis dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum A Jawan
mengatakan walaupun peningkatan gaji menyebabkan lebih sukar bagi
pembangkang untuk melonggarkan cengkaman BN terhadap anggota
keselamatan, dalam keadaan politik sekarang, tiada apa yang pasti.
“Ya secara umumnya mereka (pasukan keselamatan) diketahui menyokong
kerajaan hari ini. Akan tetapi ini tidak bermakna mereka menyokong parti
pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Walaupun ianya mungkin mempengaruhi sokongan untuk BN, tetapi ianya
hanya satu sektor. Untuk menang pilihan raya, kamu perlu gandingan
kombinasi pelbagai faktor lain,” tambah beliau.
MENYUSUL LAGI
0 orang berkata:
Post a Comment