Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INSENTIF SARAAN ADALAH PERKARA LAMA, DEKAT PILIHANRAYA BARU NAK BAGI

Insentif saraan baru PDRM sudah lama dinanti, kata PBPM
JAMILAH HAMZAH
12 Mac 2013
SHAH ALAM - Persatuan Bersara Polis Malaysia (PBPM) menyambut baik pengumuman sembilan perkara dibuat kerajaan, antara lain pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Presiden PBPM, Shafie Bahri berkata, pengumuman yang dibuat adalah tepat pada masa, dan sedikit sebanyak membantu memberi sokongan semangat kepada pasukan keselamatan.

Menurutnya, sekian lama pangkat dalam ATM dan PDRM sering tercicir dalam gred gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya berbanding penjawat awam lain.

Beliau juga berkata,  kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat perubahan besar terhadap sistem saraan ATM dan PDRM, sekali gus memberi semangat kepada pasukan keselamatan ini.

"Kita memang mengalu-alukan tindakan Najib itu, telah lama kita tunggu.

"Sebelum ini kita sering tercicir dalam soal gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya berbanding penjawat awam.

"Pengumuman Najib juga, saya percaya akan memberi semangat kepada pasukan keselamatan kita yang berjuang di Lahad Datu, dan sesuai pada masanya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Najib mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari lalu, kerajaan bersetuju untuk setarakan pangkat, gred gaji dan jawatan dalam perkhidmatan ATM dan PDRM dengan perkhidmatan awam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

"Sebagai contoh, koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred 71 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 17 disetarakan dengan gred 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya.

Mengulas lanjut, Shafie juga menghargai keputusan yang dibuat Najib dalam usaha menjaga kebajikan pasukan keselamatan.

"Kita ucap terima kasih kepada Najib dan bersyukurlah, usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan kita sebagai penjaga keselamatan negara dan rakyat," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.