Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PR MENANG MANA INI MAMAK MAU LARI ?

 MAHADHIR MIMPI SIANG HARI, SIYAN DIA !
 
Mahathir: Suasana 2013 memihak BN

9 Mac 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
MARANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) berbanding semasa pilihan raya umum pada 2008.
  
Katanya, pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat.
  
"Saya berpendapat Datuk Seri Najib ambil alih (jawatan Perdana Menteri), iklim bertukar dan beransur-ansur memihak semula kepada BN, kepada Umno khususnya.
  
"Ini kerana saya sedar tahun 2008 ramai juga orang Umno yang mengundi parti lawan kerana kecewa. Jadi tiada sebab lain mereka kecewa dan banyak usaha sedang dilakukan (Datuk Seri) Najib untuk memulih semula sokongan (kepada) Umno dan BN. Saya yakin keadaan lebih baik berbanding PRU 2008," katanya.
  
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas program Amanat Negarawan Kepada Rakyat Marang yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.
  
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Exco kerajaan negeri.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.