Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATRIOTIK MACAM SAMSENG UMNO ?

Ahmad Maslan: Pembangkang tiada semangat patriotik

13 Mac 2013
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
 
KANGAR - Para pemimpin parti pembangkang tidak mempunyai semangat patriotik dan sikap buruk mereka boleh mengundang kehancuran kepada negara, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, mereka bukan sahaja tidak menunjukkan sikap untuk berjuang menentang musuh negara malah ketika pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara di Sabah, mereka menganggap ia sebagai satu sandiwara.

Pemimpin pembangkang langsung tidak kelihatan di Lahad Datu sejak peristiwa pencerobohan rakyat asing itu dikesan 9 Februari lalu, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera penerangan Umno seluruh Perlis di sini hari ini.

Sebelum pencerobohan itu,  mereka kerap berulang alik ke Sabah tapi kini tidak lagi dan sikap itu menggambarkan bahawa mereka cuba mengesahkan kepada rakyat bahawa apa yang sedang berlaku adalah satu sandiwara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban termasuk seorang yang terkorban kerana kemalangan jalan raya dan angka itu amat besar.

Katanya, jika kematian kerana mempertahankan negara itu dianggap satu sandiwara maka mereka terbukti tidak mempunyai semangat patriotisme kepada negara.

Anggota Parlimen Pontian itu juga berharap tindakan tegas diambil ke atas penulis blog dan penyiar media maya yang menghina anggota-anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Sabah.

"Bukan sahaja Tian Chua (Naib Presiden PKR) tetapi mereka yang menghina dan memperlekeh anggota keselamatan melalui ruang media maya patut dikenakan tindakan," katanya.

Mengenai pertemuan dengan jentera penerangan Umno, beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan keupayaan para penceramah itu menyampaikan dasar kerajaan dan apa yang telah kerajaan lakukan untuk kepentingan rakyat.

"Kita nak tunjuk report card (kad laporan) kepada rakyat tentang janji yang telah dilaksanakan dan apa yang telah dibuat untuk kebajikan rakyat," katanya.

Beliau berkata, setiap bahagian Umno perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 penceramah tetapi Perlis yang mempunyai tiga bahagian Umno telah mengemukakan jumlah penceramah yang lebih besar.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.