Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penasihat Sultan sulu orang malaysia ? isssh


Saya adalah penasihat Sultan Sulu Yang ‘sebenar’

on Monday, 4 March, 2013
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang “sebenar”, dan menafikan  “Sultan Sulu” palsu yang mana pengikutnya sedang mengganas di Lahad Datu, Sabah.

Lokman berkata, Sultan Sulu yang sebenar ialah Sultan Roodinood Julaspi Kiram yang kini menetap di Manila, dan bukan Sultan Jamalul Kiram III (gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sebenar.


Sultan Jamalul Kiram III
“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

“Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita,” kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tentang gambar kad tertera namanya yang tersebar di Facebook dan Twitter, yang tertulis “Advisor to The Crown” (Penasihat Raja) Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, dengan gelaran “Datu Sri Panglima” yang sering digunakan pembesar diraja Sulu.

Menurutnya, tohmahan ini adalah langkah terdesak pertemuan antara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari dan pertemuan Datuk Seri Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Palsu terbongkar.

Lokman berkata, pada tahun 1959, bekas ketua menteri Sabah, Tun Datu Mustapa Harun telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan takhta, dan kemudiannya Sultan Julaspi menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maarof, Bangsar.

“Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk ‘Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia’. Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. 

“Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang ‘imposter’ Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. 
“Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah,” kata Lokman lagi.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. 

Peringkat awal, North Borneo telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Apabila penduduk Sabah bangkit menentang pemerintahan North Borneo Company, Sabah diserahkan kepada British, sebelum menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada September 1963 - Yahoo News Malaysia

Lagi Berita Mengenai Pencerobohan Di Sabah


















Kereta kebal milik pasukan tentera tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu pada Isnin. Pasukan polis meneruskan operasi mencari penceroboh bersenjata yang masih bersembunyi di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selepas pertempuran senjata pada Jumaat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.