Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Politik juga motifnya ?

Tindakan ketenteraan terhadap penceroboh Sabah mungkin meningkatkan sokongan kepada BN

Oleh Md Izwan dan Ida Lim
March 07, 2013
Anggota polis cari badan dua lelaki ditahan apabila mereka keluar dari Tanjung Labian, sebuah kampung bersebelahan dengan Kampung Tanduo di Sabah, pada 6 Mac 2013 selepas tentera menyerbu kem kumpulan bersenjata Filipina pada Selasa. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 7 Mac — Serangan bertali-arus oleh pasukan keselamatan pada Selasa untuk menumpaskan militan Sulu mungkin akan membantu Barisan Nasional (BN) terus memerintah selepas Pilihan Raya 2013, kata beberapa pemerhati politik.

Akan tetapi, tindakan ketenteraan menerusi udara dan darat, 24 hari selepas 200 penceroboh bersenjata Filipina menceroboh negeri utara Borneo itu mungkin memberikan impak berbeza keatas negeri yang dianggap sebagai deposit tetap kepada BN, bergantung kepada langkah susulan yang diambil kerajaan, kata dua ahli akademik kepada The Malaysian Insider.

“Tiada alasan kenapa pengundi Sabah tidak meneruskan sokongan mereka (kepada BN),” kata Dr Arnold Puyok, penganalisis politik yang menetap di Kota Kinabalu itu.

“Itulah apa yang rakyat Sabah mahu dari awal-awal lagi,” tambah beliau merujuk kepada ketegasan yang diambil Putrajaya selepas krisis masuk ke minggu ketiga dan rundingan damai gagal mengusir penceroboh keluar secara aman.

Pensyarah universiti tersebut percaya pengeboman boleh “membina keyakinan semula” rakyat keatas kerajaan BN.

Beliau berkata kebanyakkan rakyat Sabah pada awalnya tidak gembira dengan langkah kerajaan dilihat melengahkan keadaan dalam mengambil keputusan tegas keatas penceroboh yang dianggap mereka sebagai menggugat keselamatan dan maruah  Malaysia.

Tetapi menurut beliau kemarahan tersebut sudah berkurangan dan rakyat Sabah sekarang “memuji pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan”.

“Najib bersungguh-sungguh untuk menghapuskan ancaman daripada penceroboh telah mengembalikan semula keyakinan orang awam,” ujar Puyok.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, juga merasakan penduduk Sabah berkongsi kesyukuran dan kelegaan keatas ketegasan kerajaan dalam mengambil langkah-langkah keselamatan.
“Sekarang, langkah kerajaan dilihat sebagai berjaya,” kata ahli parlimen Kota Belud itu.

“Sokongan meningkat, kerana selepas tindakan tegas tersebut ditunjukkan kerajaan dan pasukan keselamatan, rata-rata rakyat  Sabah berterima kasih kepada jasa dan pengorbanan kerajaan.”

Lapan nyawa anggota polis Malaysia terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan Semporna. Laporan  mengatakan anggota badan mereka dicacatkan telah mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk tempatan.

Pemimpin BN lain juga menyokong pandangan Abdul Rahman.

“Rakyat Sabah menyokong penuh langkah yang dipertimbangkan dengan baik oleh kerajaan untuk menyerang penceroboh bagi menjaga maruah dan kemerdekaan negara kita,” kata Datuk Seri Salleh Said Keruak yang merupakan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan juga timbalan ketua Umno negeri.

Namun, Salleh menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengambil peluang politik dan menggesa  semua parti supaya tidak mempolitikkan isu tersebut.

“Rakyat akan bersatu dan sentiasa dibelakang kerajaan dan Perdana Menteri yang memberikan keutamaan utama kepada keselamatan dan kestabilan Sabah,” kata beliau.

Ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed turut merasakan pengeboman tersebut akan memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada BN sambil menyifatkan “ketegasan yang ditunjukkan ini penting, ia supaya keyakinan dan kepercayaan kepada BN  tidak terjejas”.

Penganalisis politik lain yang memantau keadaan semasa di Sabah berkata rasa tidak puas hati masih lagi terdapat keatas BN walaupun pasukan keselamatan menunjukkan kegarangan mereka dengan menjalankan serangan berskala besar untuk menghalau penceroboh.

Dr Faisal Hazis, penganalisis berpengkalan di Kuching berkata tindakan dikawasan pantai timur yang sentiasa bergolak tersebut mungkin membangkitkan beberapa perkara pokok seperti keberkesanan polisi kerajaan di Sabah sebelum ini serta beberapa isu  keselamatan lain yang perlu diberikan perhatian serius.

Beliau berkata walaupun misi dilancarkan pada Selasa dianggap sebagai berjaya, Faisal mendakwa rakyat Sabah kini umpama “bom jangka” yang menunggu masa untuk meletup.

“Terdapat perasaan ini adalah bom jangka menunggu untuk meletup — polisi berlembut dengan warga Filipina, Projek IC dan ketidakupayaan pasukan keselamatan untuk mempunyai kekuatan di perairan.

“Semua membabitkan polisi BN selama ini akan mewujudkan serangan balas yang hebat,” kata Faisal.

Faisal meramalkan tiga keadaan akan timbul daripada pengundi atas pagar, berdasarkan langkah tegas kerajaan baru-baru ini.

Kumpulan pengundi pertama yang marah keatas cara mengendalikan konflik tersebut pasti tidak memilih BN, kata beliau, manakala kumpulan kedua pengundi marah pada awalnya kerana lambat bertindak tetapi pentingkan keselamatan negara mungkin mengundi pihak kerajaan sedia ada.

Kumpulan ketiga pula adalah pengundi yang gembira dengan cara krisis dikendalikan, mereka mungkin menyokong BN dalam pilihan raya depan, kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak itu.

Bagi profesor Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum A Jawan, faktor penentu kepada BN bergantung kepada corak perasaan pengundi di Sabah

“Situasi sekarang paling bahaya untuk Barisan Nasional, apabila rakyat Sabah berada dalam perasaan marah mereka akan cari pemimpin yang boleh beri mereka ketenangan

“Keadaan ketika ini tidak selesa, perasaan marah ini akan dibawa hingga waktu pilihan raya nanti.”
Oleh Md Izwan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.