Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO KEDAH GERTAK MB KEDAH

MB Kedah: 'Tiada sebab untuk saya mohon maaf'
ROSLINDA HASHIM
27 Mac 2013
Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - “Tiada sebab untuk saya mohon maaf.” Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, terhadap gesaan Pemuda Umno Kedah berhubung isu pembinaan 12 masjid di negeri ini seperti tertera dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Menurutnya, tiada asas untuk beliau berbuat demikian selain menyifatkan Pemuda Umno keliru berkaitan fakta pembinaan masjid yang didakwa mengelirukan rakyat.

“Kenapa perlu minta maaf. Kerajaan negeri hanya umum sahaja jumlah masjid yang dibina di Kedah sepanjang lima tahun lalu.

“Kita tidak sebut pun kerajaan negeri bina, bermakna yang keliru adalah mereka,” katanya.

Azizan berkata, ayat ‘sebanyak 12 masjid dibina sejak 2008’, langsung tidak menyebut masjid yang dibina menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri, dan urus setia penerangan tidak berhasrat menimbulkan kekeliruan.

“Kerajaan negeri, termasuk Pas menggalakkan pembinaan masjid di Kedah tanpa mengira siapa yang salurkan peruntukan, sama ada pusat atau persendirian.

“Kita bagi kerjasama dengan meluluskan tanah untuk tapak masjid sebab tanah bawah kuasa negeri,” katanya.

Menurutnya, permohonan membina masjid dipersetujui dalam mesyuarat exco dan setakat ini, kerajaan negeri membenarkan 12 masjid dibina.

“Mana-mana pihak yang mahu bercakap isu ini biarlah berdasarkan fakta dan logik. Jangan manipulasi isu remeh seperti ini. Jika bijak sangat, tolong jawab pendedahan Bongkar 403 juta yang sampai sekarang tidak terjawab,” katanya.

Azizan berkata, kerajaan negeri tetap berperanan dalam urusan pembinaan masjid dengan menyediakan tapak, selain kaitan dengan pihak berkuasa agama negeri, serta Jabatan Zakat Negeri yang menguruskan sumbangan kewangan atau wakaf orang ramai.

Difahamkan, senarai pembinaan 12 masjid itu dimasukkan dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ untuk menjelaskan tohmahan bahawa sepanjang satu penggal pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tiada masjid dibina di Kedah.

Sementara Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, perkataan ‘dibina’ bermaksud umum dan tidak timbul isu kerajaan negeri cuba mengelirukan fakta.

“Secara jelas, tidak disebut masjid terbabit dibina kerajaan negeri, kita sekadar maklumkan jumlah, ia bukan isu,” katanya.

Menurutnya, maklumat dalam buku itu sebagai pemberitahuan bahawa pembangunan adalah tanggung jawab kerajaan, sama ada PR atau Barisan Nasional (BN).

“Baca dan faham dengan baik, tiada apa yang mengelirukan. Pemimpin BN harus sedar bahawa peruntukan dari Pusat adalah wang rakyat hasil kutipan cukai dan sebagainya. Oleh itu tak wajar mereka dabik dada, itu projek kerajaan BN, jangan politikkan projek kerajaan, kerana itu tanggung jawab mereka,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.