Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

10 Januari, 2014

Di Saat Rakyat Ikat Perut, Pemimpin Umno BN Bergalak Dengan Kereta Baru.. Saksikanlah

Pas merasakan kerajaan negeri tidak wajar memberikan kemudahan kereta rasmi kepada setiap timbalan Exco dan timbalan speaker sehingga sama tarafnya dengan Exco dan speaker.

Pesuruhjaya Pas 1 negeri, Kamarudin Sidik berkata, walaupun kemudahan berkenaan bukan satu bentuk pembelian dan berupa sewaan namun ia turut membabitkan kos.

Menurutnya, setakat ini tidak banyak negeri lain di negara ini yang memberikan kereta rasmi kepada timbalan Exco.

“Melaka dari sudut kewangan bukannya sebuah negeri yang kukuh, sedangkan sebelum ini pun timbalan Exco tiada pun kereta rasmi dan apabila naik ketua menteri baru, timbalan Exco diberi kereta rasmi.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri kurang berhemah dalam melaksanakan kewangan negeri dan Melaka tidak boleh ikut sesetengah negeri yang kukuh kewangan seperti Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, Negeri Sembilan sendiri pun hanya memberikan kereta rasmi jenis Honda Accord kepada Exco dan bukannya timbalan Exco.

“Saya lihat negeri Melaka lebih kepada hendak hidup bergaya sedangkan dalam keadaan sekarang kerajaan negeri harus menjaga sensitiviti rakyat ekoran meningkatnya kos hidup.

“Saya sendiri tidak tahu apa motif sebenar kerajaan negeri memberikan kereta tersebut kerana kalau untuk meningkatkan prestasi kerja kepada mereka yang juga wakil rakyat, saya rasa kerajaan negeri perlu juga beri semua wakil rakyat di negeri ini tanpa mengira BN atau Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, Pemuda Pas negeri mengucapkan ‘tahniah’ kepada Exco kerajaan negeri yang menerima Honda Accord 2.4cc bagi menggantikan Proton Perdana yang digunakan sebelum ini.

Ketua Pemudanya, Nor Azman Mohamad berkata, sewaktu rakyat berdepan dengan kemelut kenaikan harga barang, pemimpin BN pula asyik menikmati kereta baharu mereka.

Katanya, kerajaan negeri tidak seharusnya membazirkan wang untuk membeli kereta import ini, memandangkan Malaysia juga mempunyai kualiti kereta yang tinggi dan sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi.

“Kononnya kerajaan melancarkan kempen ‘Gunalah Barangan Buatan Malaysia’, namun mereka sendiri tidak menggunakannya, malah kereta negara tidak dipandang, keluaran syarikat Honda juga menjadi pilihan hati mereka.

“Adakah kereta keluaran Malaysia tidak layak untuk mereka pakai? Tepuk dada tanya selera, mereka (pemimpin BN) sepatutnya menjadi contoh terbaik buat rakyat agar menyokong membeli produk negara, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya. ~sh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.