Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALAAA, NANTI DAPAT BRIM BAYAR LAAA !

Semakin ramai terbeban hutang
  • Mohamad Fazli Sabri Mohamad Fazli Sabri
1 / 1
SHAH ALAM –  Akibat kenaikan kos sara hidup, pakar menjangkakan lebih ramai rakyat di negara ini bakal berdepan masalah hutang yang kronik.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, hal ini berlaku kerana hutang untuk menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan kesan daripada kenaikan harga barangan.

Menurut beliau, peningkatan yang berlaku ini sudah pastinya akan menyebabkan pengguna bandar terutama dalam kalangan berpendapatan sederhana rendah dan rendah (miskin bandar) rasa terbeban.

“Pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan berlaku.

“Ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu terpaksa memikirkan bagaimana hutang atau pinjaman sedia ada perlu dijelaskan,” katanya.

Kesan daripada itu, beliau menjangkakan ada dalam kalangan pengguna yang akan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman daripada sumber terlarang seperti syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak sah atau berlesen bagi menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan.

“Malah, ada yang sanggup berhutang dengan ceti haram atau ‘Ah long’. Ini akan menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman keselamatan diri dan keluarga,” ujarnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.