'Bagusnya jika kerajaan dengar rungutan rakyat'
SHAH ALAM - “Bagusnya jika kerajaan selalu mendengar rungutan rakyat,”
luah Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff hari ini berkenaan
tindakan kerajaan Pusat dan kerajaan Selangor yang masing-masing membuat
keputusan yang dilihat memihak kepada rakyat.
Menurut Agus, tindakan kerajaan Pusat yang menangguhkan kenaikan tol, serta tindakan kerajaan Selangor yang membekukan kenaikan gaji adalah tepat pada masanya, tindakan ini sekaligus telah memperlihatkan sisi kebaikan kerajaan dalam memahami serta mendengar rungutan rakyat.
“Kerajaan Pusat menangguhkan kenaikan tol sehingga makmal yang ditubuhkan selesai meneliti kesannya kepada rakyat.
“…kerajaan Selangor membekukan kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker sehingga ke satu tarikh yang dikira sesuai.
“…bagusnya jika kerajaan selalu mendengar rungutan rakyat,” tulisnya di laman Facebook miliknya.
Untuk sementara waktu, kadar tol tidak akan dinaikkan. Berita baik ini ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata PM, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol, dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.
“Sebarang kenaikan kadar tol tidak akan dilakukan secara melulu, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah perimbangan agar bukan sahaja rakyat tidak terbeban malah syarikat konsesi juga dapat beroperasi tanpa masalah,” katanya.
Sementara itu kerajaan Selangor menerusi kenyataan Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi mengesahkan bahawa kerajaan Selangor membekukan kenaikan gaji pimpinan tertinggi kerajaan negeri atas faktor keprihatinan terhadap nasib rakyat yang ditekan bebanan ekonomi negara.
“Oleh yang demikian, kami semua sepakat untuk membekukan kenaikan gaji yang diluluskan Dewan Undangan Negeri November lalu daripada 87 peratus kepada 373 peratus," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment