12 January 2014
ANTHONY LOKE LEBIH FAHAM TENTANG WANG HARAM DARI PEMIMPIN UMNO????
Setiausaha Organisasi DAP Pusat, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban mengeluarkan kenyataan seperti di bawah :
"Sejak
saya berkawan dengan PAS, saya sering dengar PAS mengatakan akaun hasil
judi dan hasil-hasil dari aktiviti haram mesti diasing dengan akaun
kerajaan yang lain. Inilah pendirian PAS. Jika Pakatan Rakyat perintah
negara, itulah yang akan kita lakukan. Saya bercakap ini sama dengan
pendirian PAS.
"Saya terpaksa juga bercakap begini
kerana saya dah tah tahan dengan sikap hipokrit Umno. Umno cakap saja
tak mahu guna wang haram. Pemimpin Umno bantai kerajaan Pulau Pinang
kerana beri wang kepada orang Melayu pada tahun 2010 lalu dengan
mengatakan beri wang hasil judi kepada orang Melayu.
"Satu masa bantai kita kata kita guna wang judi dan tak hormat orang
Islam, tapi pada masa yang sama selama ini wang hasil judi itu
dimasukkan juga oleh kerajaan ke dalam akuan yang sama.
"Hasil-hasil itu bercampur aduk. Untuk kayakan para pemimpin Umno pun
dari akaun itulah, untuk pentadbiran kerajaan pun dari akaun itulah,
untuk diberikan kepada rakyat pun dari akaun itulah. Jadi apa makna
cakap mereka itu?"
Malu kita dengan beliau kerana pemimpin Umno masih tidak 'faham' halal
dan haram. Semua wang hasil judi disatukan dalam akaun negara. Akhirnya
semua kakitangan awam dibayar gaji dengan sebahagiannya dari wang haram
tersebut. Siapa yang menanggung dan bertanggungjawab terhadap perkara
ini.
Gambar sekadar hiasan


0 orang berkata:
Post a Comment