Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUGHAH

Sunday, January 5, 2014

Bagaimana Kalau Mereka Pula Berdemo Di Hadapan Masjid Pada Hari Jumaat?

Pada aku bukan soal siapa bersama mereka
Soalnya kenapa 'Melayu' provoke mereka dengan berdemo?
Adakah itu yang dikehendaki Allah dan RasulNya?
Kalau mereka bertindak balas, tidakkah haru jadinya?

'K'jaan gagal bersuara isu demo depan gereja'
Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir menyelar pemimpin kerajaan yang menurutnya gagar bersuara apabila muncul golongan yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi di depan gereja sejak seminggu lalu.

Beliau merujuk kepada tindakan kumpulan pendesak Solidariti Ummah Klang yang menuntut agar golongan Kristian menurut larangan kerajaan yang menghalang penganut tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah'.

Marina pada pagi ini hadir dalam perhimpunan di hadapan gereja Lady of Lourdes di Klang bersama kira-kira 40 orang yang kebanyakan penganut Islam, sebagai tanda solidariti dengan penganut Kristian.

Pada masa sama, kumpulan kira-kira 100 orang bersama Solidariti Ummah Klang berhimpun di satu kawasan padang berhampiran.

Marina berkata kerajaan enggan menghalang tindakan kumpulan konservatif tersebut yang mengambil pendirian yang bertentangan.

"Pemimpin kita tidak harus diam,” katanya yang mendakwa menerima banyak aduan berhubung sikap kerajaan dalam isu ini.

“Semua orang terkejut, bukan saya seorang. Semuanya bertanya, di mana pemimpin kita? Sebagai pemimpin yang hebat, dia sepatutnya berada di sini, bersama kita,” katanya tanpa menamakan mana-mana individu.

Ditanya sekiranya beliau merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata: ”Sesiapa saja. Dia sepatutnya ada di sini. Seorang pemimpin sepatutnya lebih baik dari kami.” - sumber

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.