Harga ais naik, peniaga terbeban
KUALA KANGSAR - Rata-rata peniaga memaklumkan harga ais sudah naik
bermula pada 1 Januari lepas dan ada di antara mereka terpaksa menaikkan
harga barangan bagi menampung kos yang meningkat.
Seorang peniaga restoran, Salim PS Hassan, 46, berkata, dia terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman di kedainya kerana terbeban dengan beberapa siri kenaikan sebelum ini.
Beliau yang mengusahakan Restoran Nasi Kandar Chandan Maju, di sini, memberitahu sebelum ini tidak menaikkan harga makanan dan minuman di premisnya meskipun berdepan beberapa kenaikan harga barang namun kenaikan harga ais kali ini membuatkannya terpaksa berbuat demikian.
“Sehari pun kadang-kadang kita pakai sampai 10 pek. Jadi di situ saja sudah menelan kos yang berbeza berbanding sebelum ini. Masa harga gula naik, saya tidak naikkan harga lagi.
“Tapi bila harga ais pun naik, saya terpaksa naikkan harga bagi menampung kos lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di restorannya, semalam.
Dalam pada itu, seorang lagi peniaga restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 44, berkata, dia masih mengekalkan harga minuman di restorannya walaupun harga ais sudah meningkat.
Menurutnya, dia akan cuba mengekalkan harga tersebut dan ia bergantung kepada situasi semasa asalkan tidak menjejaskan perniagaannya.
“Memang harga ais sudah naik tapi harga minuman di kedai saya masih kekal sama,” ulasnya pendek.
Sementara itu, peniaga kedai runcit Hishamudeen Abdullah, 33, yang ditemui turut memaklumkan perkara sama dan dia pada mulanya bercadang untuk menghasilkan ais sendiri namun namun membatalkan hasrat tersebut kerana tarif elektrik juga sudah meningkat.
“Kalau buat ais sendiri pun, takut rugi sebab tarif elektrik pun sudah naik sekarang ini, jadi kos untuk buat ais jadi lebih tinggi,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Basir Alaudeen, 28, berkata, setakat ini tiada pelanggan merungut dengan kenaikan harga tersebut.
“Tapi ada juga yang tanya saya sama ada harga ais sudah naik atau tidak. Bila saya jawab ya, mereka pun terus beredar. Tapi ada juga yang beli ais,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment