Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JALAN KAKI JEW !



10 Januari, 2014

Engkau Orang Pasti Sakit Hati Dengan Umno BN Apabila Baca Berita Ini..


Tambang teksi naik 10 peratus

Persatuan Pengusaha Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (PPTM LTSM) terpaksa menaikkan kadar tambang sebanyak 10 peratus berikutan pelbagai bebanan yang terpaksa ditanggung mereka.
Antara sebab caj baharu itu termasuklah kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan, insurans kenderaan yang tinggi, kos pemeriksaan Puspakom sebanyak dua kali setahun dan kos memperbaharui lesen pengendali.
Naib pengerusi persatuan, Mohd Zaki Mohd Ali berkata, caj tambang baharu yang bermula awal tahun ini dibuat secara sebulat suara setelah dihimpit pelbagai bebanan terutamanya dengan pengurangan subsidi petrol.
“Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan kerajaan tahun lalu merupakan salah satu faktor kami mengambil keputusan menaikkan harga tambang berikutan tidak mampu lagi menampung kos yang tinggi.
“Malah, jika diambil kira, kami (PPTM LTSM) adalah pengusaha paling lewat membuat keputusan ini disebabkan pelbagai faktor, namun kini kami tidak mampu lagi menampungnya,” katanya kepada
Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam.
Mohd Zaki berkata, kenaikan harga itu dibuat untuk kali kedua setelah 10 tahun mengekalkan harga lama.
“Sudah lebih 10 tahun kita tidak naikkan tambang dan keadaan ini sememangnya membebankan semua pemandu kerana terpaksa menanggung kerugian, di samping berdepan pelbagai peningkatan kos lain,” katanya.
Menurutnya, meskipun pihaknya masih belum mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berhubung kenaikan tambang itu, namun tindakan tersebut terpaksa dilakukan.
“Sebenarnya kita telah menghantar surat kepada SPAD, namun sehingga kini kita tidak menerima sebarang maklum balas, sedangkan pihak kami terus menanggung kerugian,” katanya. ~sinar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.