Keputusan Anwar tolak Shafee didengar 28 Januari
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini menetapkan 28 Januari untuk
mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penolakan Mahkamah
Rayuan terhadap permohonan keduanya bagi membatalkan kelayakan Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah untuk tampil sebagai ketua pendakwa dalam
rayuan pendakwa terhadap pembebasannya (Anwar) dari tuduhan liwat.
Muhammad Shafee berkata, beliau menerima notis dari pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan minggu lepas memberitahunya tentang tarikh itu.
Pada 20 Disember tahun lepas, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan Anwar supaya dibatalkan kelayakan Muhammad Shafee sebagai ketua pendakwa dan memutuskan bahawa
pelantikannya mengikut undang-undang.
Anwar, 66, memfail permohonan kedua untuk tujuan yang sama dengan menggunakan maklumat dari akuan bersumpah bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bagi menyokong permohonan itu.
Permohonan pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas, berikutan itu beliau merayu di Mahkamah Persekutuan, tetapi juga ditolak.
Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara dengan kuasa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali rayuan di Mahkamah Rayuan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment