21 Januari, 2014
Bekas Presiden MCA Mengamuk?
Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk
membeli tanah bagi projek tersebut."Dalam hal ini hanya peguam negara
yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada
satu sidang media di Kajang, hari ini.
Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam
dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan
Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian
tanah PKFZ.
Dr Ling adalah menteri pengangkutan dari 1986 hingga 2003 mengatakan
harga tanah PKFZ kini sudah meningkat dan melihat kembali pembelian
tanah ketika itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan.
"Tanah dijual kepada PKFZ dengan harga RM21 kaki persegi dan itu adalah
harga jualan. Hari ini, ia berharga di antara RM70 dan RM80 kaki
persegi. Itu sudah menunjukkan keuntungan," katanya.
Dr Ling juga menggesa media menemuramah pihak pengurusan PKFZ tentang
bagaimana ia berjaya sekarang.Ini merupakan kali kedua Dr Ling menyerang
Abdul Gani selepas minggu lepas.
Dr Ling dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Cina minggu lepas
menuduh Peguam Negara memandang rendah pemimpin Cina yang pernah
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Bekas presiden MCA itu mengatakan beliau cuba untuk hidup seperti biasa
selepas menjalani perbicaraan yang beliau anggap sebagai "kesilapan
pendakwaan" akan tetapi mengakui sudah hilang kepercayaan terhadap
sistem perundangan negara.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah
untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak
pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu. ~tmi



0 orang berkata:
Post a Comment