Mahfuz: Kerajaan sendiri wujudkan orang tengah
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kerajaan
Barisan Nasional (BN) sebenarnya mewujudkan dasar orang tengah yang
dikatakan menjadi dalang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang
tidak terkawal sekali gus menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan
sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya, kerajaan sendiri yang melantik orang tengah sama ada melaksanakan kontrak pembangunan mahupun pembekalan barangan makanan seperti beras, gula dan tepung menyebabkan industri utama negara dimonopoli syarikat-syarikat besar di negara ini.
“Kerajaan sendiri yang melantik orang tengah antara kerajaan dengan rakyat, kerajaan sendiri wujudkan persaingan menyebabkan sistem monopoli itu dikuasai oleh syarikat-syarikat besar dalam negara.
“Kenapa kerajaan tidak guna agensi kerajaan sendiri seperti dahulu adanya Lembaga Beras dan Padi Negara, dalam memastikan bekalan beras cukup dalam negara kita, kenapa perlu orang tengah untuk bekal beras, gula dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mengatakan orang tengah berkomplot dengan Pakatan Rakyat menaikkan harga barangan semata-mata untuk menimbulkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemimpin negara khususnya menteri kabinet supaya mengeluarkan kenyataan yang lebih bijaksana dan tidak menyalahkan peniaga kecil semata-mata dalam isu kenaikan harga barangan.
“Sekarang pula kerajaan mahu menghukum peniaga yang menaikkan harga, rakyat akan tanya hendak hukum siapa apabila harga gula naik, elektirk naik?
“Saya harap pemimpin negara dan menteri ini biarlah bercakap menampakkan kebijaksanaan dan kecerdikan mereka, jangan sampai satu peringkat nanti apabila mereka dipanggil bodoh, menteri akan marah,” katanya.
Tambahnya, tuduhan menteri terbabit nyata tidak berasas dan jika orang tengah pro pembangkang itu boleh mempengaruhi harga pasaran dan ekonomi negara, sudah pasti katanya Barisan Nasional tidak boleh menang pada pilihan raya lalu dan menjadi kerajaan persekutuan.
“Kalau orang tengah ini menyokong Pakatan Rakyat, sudah lama sudah kerajaan BN jatuh, tidak masuk akal kenapa lepas pilihan raya orang tengah hendak menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Kalau benar orang tengah ini menjadi punca kepada kenaikan harga barang, apa tindakan kerajaan terhadap orang tengah? Nampak sangat kerajaan ini lemah, isu orang tengah sudah lama tetapi sampai sekarang kerajaan tidak boleh ambil tindakan,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat tidak menafikan peranan orang tengah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kenaikan harga barangan itu berlaku sejak kebelakangan ini.
Katanya, kerajaan perlu mengenal pasti dan mengambil tindakan segera ke atas orang tengah terbabit, bukannya menghukum para peniaga kecil yang bergantung pada harga yang dikenakan oleh taikun.
“Itu (orang tengah) salah satu faktor kenaikan harga barang, faktor lain pun besar juga yang perlu diambil perhatian segara.
“Kenaikan harga petrol, elektirk turut membantu kepada kenaikan itu, kerajaan perlu mengkaji langkah mereka itu yang memberi kesan secara langsung itu,” katanya.

1 orang berkata:
menteri cuba nak tutup kes tipu raayat, mereka lupa siapa syed mohtar raj beras dan raja gula, mereka TNB,mereka lupa repaid kl.yang mereka nampak pekedaix peniaga kecil kat pasar.mereka ini yang menjadi kambing hitam atas kesalahan menteri yang bertanggunjawab. macam ku nan cakap macam orang bodoh.
Post a Comment