Saturday, January 11, 2014
Kes Dua Hantu Ini Masih Belum Selesai Lagi Rupanya.......
Sebenar siapakah yang menjadi 'bapa hantu' tu?
Mustahil membunuh kerana gatal tangan tanpa motif!
Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan Musa Safri, kata Putrajaya
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
JANUARY 11, 2014
Mustahil membunuh kerana gatal tangan tanpa motif!
Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan Musa Safri, kata Putrajaya
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
JANUARY 11, 2014
Walaupun
tanpa keterangan pembantu Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Rayuan harus
tetap menjalankan hukuman kepada dua komando polis terhadap pembunuhan
peragawati warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam rayuan
Putrajaya ke atas sabitan dua pegawai polis itu, pembantu Najib, DSP
Musa Safri tidak diperlukan di mahkamah untuk memberikan keterangan
kerana beliau bukan orang terpenting dalam kes ini.
Dalam petisyen
rayuan yang difailkan pada 3 Januari, peguam negara menyenaraikan enam
sebab mengapa ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu bersalah daripada
segi undang-undang dan fakta bagi membenarkan anggota polis itu bebas
daripada hukuman gantung.
Mahkamah Rayuan
pada 23 Julai tahun lalu memutuskan bahawa kegagalan pendakwa untuk
memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap dua pegawai polis
itu.Dakwaan dalam petisyen mengatakan walaupun tanpa Musa, semua
keterangan dakwaan itu dibuat sewaktu perbicaraan mahkamah.
Timbalan
Pendakwa Raya, Manoj Kurup berkata, Mahkamah Rayuan memutuskan kes harus
ditarik balik kerana kegagalan untuk memanggil Musa bagi memberi
keterangan.
Manoj berkata,
afidavit bagi penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mendedahkan atas
sebab inginkan ikat jamin, peranan Musa hanya setakat memperkenalkan
beliau kepada ketua polis Bricksfield.
"Setelah itu,
Musa tidak mempunyai sebarang peranan untuk dipanggil sebagai saksi.
Tambahan lagi, Azilah memberitahu mahkamah bahawa sebarang tindakan atau
keputusan adalah kehendak beliau sendiri.
"Sedangkan
Sirul sendiri yang memberikan kenyataan di mahkamah berkata bahawa Musa
tidak ada kaitan mahupun memberikan sebarang arahan," kata Manoj dalam
petisyen rayuan sepanjang 10 muka surat itu.
Ketua Inspektor
Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuan
mereka terhadap keputusan hukuman Mahkamah Tinggi diluluskan oleh
Mahkamah Rayuan.
Dua pegawai
polis yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati
bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.
Razak, yang
merupakan kekasih Altantuya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009
atas sebab subahat tanpa dipanggil membela diri.
Namun, ketika
perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa Razak yang menjadi
rakan Najib, meminta pertolongan Musa kerana sudah tidak tahan dengan
gangguan daripada Altantuya.
Manoj berkata,
sebab kedua adalah mahkamah rayuan tersalah faham apabila para hakim
menekankan bahawa nota hakim perbicaraan tidak membincangkan sama ada
tertuduh mempunyai niat yang sama untuk membunuh.
"Mahkamah
Rayuan menganggap tiada rancangan awal daripada tertuduh oleh kerana
hakim perbicaraan tidak membuat analisis mendalam mengenai perkara itu,"
katanya.
Manoj berkata,
sebab ketiga ialah Azilah memberikan notis membuktikan beliau tidak
berada di tempat jenayah menjadikan rayuan mahkamah memindahkan beban
kepada bukti dakwaan.
Dalam
pembelaannya Azilah berkata, beliau ketika itu berada di Bukit Aman dan
hujah pendakwa adalah pembela harus membawa saksi untuk menyokong alibi.
Manoj berkata, catatan dalam buku diari masuk bukan merupakan bukti bahawa Azilah berada di Bukit Aman.
Katanya, sebab
keempat ialah Mahkamah Rayuan juga tersilap ketika menolak ketepatan
rakaman panggilan telefon yang dikemukakan saksi daripada syarikat
telefon bimbit.
Dalam Mahkamah
Tinggi, pihak pendakwa menyerahkan bukti catatan tarikh untuk
membuktikan pergerakan Azilah pada malam pembunuhan.
Bagaimanapun,
pembela berkata bukti tersebut harus ditolak atas sebab ia diubah suai
lantas keaslian data tersebut menjadi tanda tanya.
Manoj berkata,
sebab kelima ialah menyentuh informasi yang diberikan kedua-dua tertuduh
yang menyebabkan penemuan polis kepada barangan milik Altantuya dan
tempat sebenar jenayah itu dilakukan.
Pendakwa
berkata, informasi diberikan daripada kedua-dua yang dituduh secara
sukarela manakala pihak pembela pula berkata polis sudah mendapat tahu
informasi itu terlebih dahulu dan membawa Azilah dan Sirul ke tempat
jenayah hanyalah sebuah 'drama'.
Manoj berkata,
sebab keenam adalah kerana mahkamah rayuan tidak mempertimbangkan bahawa
Sirul memiliki bahan letupan jenis C4 yang beliau boleh perolehi dari
tempat kerja.
Katanya, bukti
yang dikumpulkan serta laporan pakar patologi yang mengatakan mangsa
mati kerana letupan membuktikan Sirul memiliki bahan letupan itu.
Peguam utama Sirul, Datuk Hazman Ahmad, berkata Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh rayuan melalui pengurusan kes.
Bagi memastikan
penyelesaian kes yang cepat di Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim
Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata rayuan penjenayah akan dilakukan
tiga bulan selepas laporan rayuan lengkap diterima.
Azilah dan
Sirul didakwa membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam di
antara jam 10 malam pada 19 Oktober sehingga 1 pagi pada 20 Oktober 2006
sementara Razak pula didakwa atas tuduhan bersubahat.
Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 selepas pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Enam bulan
kemudian, Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati namun pada 23 Ogos
2009, sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan membebaskan
mereka atas sebab kekurangan bukti. - 11 Januari 2014.



0 orang berkata:
Post a Comment