Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASA 13 MAY KAMU MASIH UBUN-UBUN LEMBIK


PENGALAMAN PAK KARAMU SEMASA MAY 13 , BARU 2 HARI PERENTAH BERKURUNG ORANG MELAYU SUDAH KEBULURAN ! Pak Karamu

Isnin, 20 Januari 2014

Kait peristiwa 13 Mei zahir 'mentaliti kangkung' Umno

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Umno BN agar tidak memanipulasi isu 'kangkung' untuk menjadi senjata perkauman mereka demi mengalih kemarahan rakyat terjadap kerajaan ekoran kenaikan kos hidup.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, berkata, isu 'kangkung' yang menjadi siulan anak muda ketika ini adalah sebagai protes sinis terhadap realiti tekanan hidup yang dihadapi mereka.

Malah kata beliau, isu 'kangkung' yang ditimbulkan itu pada hakikatnya tiada kaitan langsung dengan peristiwa 13 Mei.

"Isu ini berlaku secara tidak langsung. Pada awalnya kreatifnya anak-anak muda hari ini menzahirkan isu kangkung sebagai bahan lawak walaupun ada mesej tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.

"Tetapi Umno BN pula mengheret isu ini menjadi isu perkauman. Walhal bukan bukan orang Cina malah orang Melayu juga membangkitkan isu kangkung," katanya kepada Harakahdaily.

Begitu juga dalam himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru lalu katanya, Umno BN cuba mengaitkan rakyat dengan isu 'bughah'.

"Isu utama yang patut diselesaikan oleh kerajaan adalah isu kenaikan harga barang. Kenapa perlu kaitkan dengan isu perkauman?," tegasnya.

Semalam, sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan  membantah 'flash mob kangkung' di hadapan Sanway Carnival Mall, Seberang Jaya Pulau Pinang.

Namun di dalam perhimpunan itu, Umno negeri cuba mengulangi ancaman 13 Mei dengan membawa sepanduk yang berbunyi “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?”

Mereka membawa sepanduk yang menyamakan perbuatan menghina perdana menteri seperti menghina Melayu dan “ABCD - Asal Bukan Cina DAP” dan “DAP musuh Islam”.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.