Selangor beku kenaikan gaji
SHAH ALAM – Atas dasar empati dan prihatin terhadap beban kos sara
hidup yang menekan rakyat, kerajaan PR Selangor sepakat membekukan
kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr
Daroyah Alwi mengesahkan keputusan dengan memaklumkan bahawa Kerajaan
Selangor prihatin dengan nasib rakyat yang ditekan bebanan ekonomi
negara.
“Oleh yang demikian, kami semua sepakat untuk membekukan kenaikan gaji
yang diluluskan Dewan Undangan Negeri November lalu daripada 87 peratus
kepada 373 peratus.
“Tindakan kerajaan Persekutuan menaikkan harga barang dan pada masa
sama tidak pula menaikkan gaji rakyat jelas menekan kewangan rakyat
terutama yang berpendapatan rendah. Atas dasar empati kerajaan negeri
bersetuju dan akur untuk pembekuan gaji ini,” katanya kepada Sinar
Harian, hari ini.


0 orang berkata:
Post a Comment