Pendidikan asas tasawuf, tarekat perlu pendedahan
MELAKA - Pendidikan asas mengenai ilmu tasawuf dan tarekat menurut Ahli
Sunnah Waljamaah serta ciri-ciri tarekat yang menyeleweng perlu
didedahkan kepada semua peringkat termasuk pelajar sekolah.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata melalui pendedahan itu, masyarakat dapat memahami dan menghayati serta tidak melihat ilmu berkenaan hanya untuk golongan tertentu.
"Persepsi negatif sesetengah pihak yang mengaitkan ajaran tasawuf atau tarekat sebagai sebahagian daripada ajaran sesat dapat dihindari kerana pepatah Arab ada mengatakan bahawa seseorang cenderung memusuhi apa yang tidak diketahuinya," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Tasawuf dan Tarekat sempena Karnival Muamalah Islam di sini, hari ini.
Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim) berkata masyarakat akan turut dididik agar tidak tertipu dan terpengaruh dengan ajaran sesat yang sering menarik dan mengelirukan pengikutnya dengan bertopengkan amalan tasawuf dan tarekat dalam kegiatan mereka.
Beliau berkata terdapat beberapa ajaran yang telah difatwa dan diwartakan sebagai sesat serta menyeleweng di Melaka antaranya tariqat naqsyabandiah kadirun yahya, tariqat zikrullah hassan anak rimau, ayah pin dan ilmu hakikat hassan bin jonit.
Kebanyakan ajaran sesat itu memasukkan unsur-unsur tasawuf dalam amalannya seperti zikir tetapi mencampuradukkannya dengan ilmu kebatinan yang sesat, sihir dan ritual yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment