TNB sedia 40 generator hadapi banjir gelombang ke2
KUALA NERANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan kira-kira
40 set janakuasa mudah alih di pusat pemindahan banjir sebagai persiapan
menghadapi gelombang kedua banjir di Pahang.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu adalah persediaan sekiranya bekalan elektrik perlu dipotong jika pencawang utama dilanda banjir.
"Ini SOP (prosedur operasi standard) dalam pengurusan krisis bencana alam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, ketika banjir awal bulan lepas, TNB menyediakan 40 set janakuasa mudah alih dengan kos lebih RM3 juta.
Terdahulu Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap, menyampaikan sumbangan kepada 298 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan parlimennya.
Sementara itu, Mahdzir berkata, sebuah sekolah berasrama penuh dirancang untuk dibuka di kawasan parlimen berkenaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Katanya perkara itu dalam kajian dan perbincangan antara pihaknya dengan Kementerian Pendidikan selain mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan sekolah tersebut.
Beliau berkata, sekolah berasrama penuh perlu diwujudkan di kawasan itu bagi memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari kawasan Parlimen Padang Terap belajar di sekolah berprestasi tinggi. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment