Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MH370:Raja Bomoh,kenapa Zambry Kadir marah?

 RAJA BOMOH: KENAPA ZAMBRY ‘MARAH’?
                                    
Pemuda PAS Perak terkejut dengan sikap Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang ‘tiba-tiba’ melenting dan bersikap marah apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyentuh isu ‘Raja Bomoh’. Sedangkan tiada seorang pun menyebut nama Datuk Seri Zambry yang ‘dikaitkan’ dengan ‘Raja Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Perak.

Ketika perbahasan titah ucapan ADUN Kawasan Titi Serong, Haji Abu Bakar Hussien yang sedang berucap, secara tidak langsung Datuk Seri Zambry bangun untuk mendapatkan penjelasan. Sebenarnya, Datuk Seri Zambry akan berpeluang mengulas dan menggulung ucapannya nanti sebelum Sidang DUN tamat pada hari Jumaat ini. Banyak pihak hairan terutama yang berada di dalam Dewan mahupun yang mengikutinya melalui internet.

Sebelum ini Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria telah menggesa agar Datuk Ibrahim bertaubat kerana telah mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik. Bagi kami, Datuk Seri Zambry adalah seorang yang berpendidikan aliran Islam dan mustahil beliau boleh bersetuju dengan perbuatan Datuk Ibrahim yang terpesong dengan ajaran Islam.

Jesteru, kami menunggu respon ucapan penggulungan sama ada Datuk Seri Zambry bersetuju atau tidak dengan tindak tanduk Datuk Ibrahim tersebut. Jika tindak tanduk yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Sepang telah diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor, bagaimana pula ianya telah berlaku tindak tanduk yang sama di Pulau Sembilan, dekat Bandar Manjung?

Kami menunggu tindak terhadap Datuk Ibrahim oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak. Dan kami menunggu pengumuman Datuk Seri Zambry pada hari Jumaat ini apakah tindakan terhadap Datuk Ibrahim. Tetapi jika Datuk Ibrahim ‘dibebaskan’ oleh Datuk Seri Zambry, rakyat boleh menilai watak sebenar Datuk Seri Zambry yang berlatar belakangkan aliran Islam dan ‘anak emas’ Tan Sri Harussani sebenarnya!



DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.