Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU PADAHNYA JIKA BERFIKIR IKUT OTAK

Korang Fikir Cerdik Ke Gesaan Ini?

He..hee....'Kerajaan Islam ini'? Kalau nak jilat pun biarlah padan dengan nama NGO yang dibawa Tak lama lagi jadi menterilah dia ni agaknya Kalaulah mereka seperti ini ditakdirkan jadi pemerintah akan jadi lebih kuku besi dari Korea Utara gayanya
ISMA: Lucut kerakyatan pengkritik MH370 mk - 7:31PM - 3 Apr 2014
NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang mengambil kesempatan memburukkan Malaysia kepada orang luar sewaktu negara menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mt Dali berkata golongan itu termasuklah mereka yang didakwanya tidak "sekapal" dengan kerajaan sekarang dan media yang tidak 'mesra' kerajaan, termasuk Malaysiakini.

"Terkini diberitakan ada pihak di kalangan DAP dan PKR memburuk-burukkan kerajaan dan bertindak menghasut di luar negara sehingga ada keluarga mangsa menjadi begitu marah kepada kerajaan.

"Kalau benar, mereka ini saya anggap adalah pengkhianat negara dan patut lucut kerakyatannya dan nasihatkan mereka untuk pindah ke negara yang mereka suka," kata Rahman dalam kenyataannya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa terdapat anggota DAP dan PKR mengkritik kerajaan menerusi laman blog mikro Weibo, dan aplikasi WeChat.

Anggota PKR dan DAP bagaimana pun menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, individu pertama yang membangkitkan perkara itu.

Sementara itu, Abdul Rahman turut menyeru mereka yang mengkritik usaha pencarian itu agar bersama menyokong kerajaan kerana sikap patriotik dituntut dalam Islam.

"Oleh itu umat Islam khususnya orang Melayu, jangan terperangkap dengan politik sempit yang merugikan negara dan kepentingan Islam walaupun kita tahu kerajaan Islam ini tetap ada cacat cela dan tidak sempurna," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.