Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETELAH MAHADHIR DIBOGELKAN ISU MEMALI, KINI DAIM PULA !

Berapa Komisyen PLUS Daim Kaut & Berapa Banyak Kekayaannya Disimpan Di Tanzania?


Daim mengaku miliki bank di Tanzania, nafi salahguna kuasa

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini mengakui beliau memiliki sebuah bank di Tanzania, seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Namun, Daim menafikan dakwaan beliau menyalahguna kuasa berhubung pemilikan bank itu, lapor Berita Harian hari ini.

Daim mempersoalkan cubaan ketua pembangkang itu yang kononnya berunsur penyelewengan berkaitan dirinya memiliki perniagaan itu.

“Ya... memang saya punyai bank di sana (Tanzania)... sudah lama. Anwar juga tahu sebab dia mengambil alih menteri kewangan daripada saya dulu.

“Semasa Anwar jadi menteri kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa menangani rasuah (peringkat Kabinet)... mengapa pada waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya.

“Saya sudah dua kali disiasat (tentang isu itu) pada 1999, tidak ada apa-apa pun (kesalahan),” katanya, seperti yang dilapor Berita Harian.

Sehubungan itu, lapor akhbar itu, Daim mendesak ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengemukakan bukti kukuh kepada pihak berkuasa untuk membuktikan dakwaannya.

“Anwar ini, cakap sahaja... bukti tiada pun,” katanya sambil memaklumkan keputusannya membuka bank di Tanzania adalah atas permintaan ketua negara berkenaan ketika itu yang inginkan beliau membuat pelaburan di sana.

Sebelum ini, Anwar dalam beberapa siri ceramahnya menyatakan beliau ada bukti penyelewengan dan salahguna kuasa Daim, termasuk kaitan dengan pemilikan sebuah bank di Tanzania.

Ketua Umum PKR itu mendakwa beliau mempunyai bukti penyelewengan besar bekas menteri kewangan itu.

“Siapa Daim Zainuddin? Bekas menteri kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tetapi ada siasatan?"
kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini, lapor Suara Keadilan (SK), lidah rasmi PKR.

Kata Anwar, selain mengambil dana negara melalui pengambilan komisen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Anwar mengesyaki kekayaan luar biasa Daim apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di Tanzania.

“Saya diundang semasa di Universiti George Town.

“Saya pergi ke Tanzania kerana dijemput jumpa presiden, menteri kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

“Gabenor mengatakan Tun Daim punya bank di sini (Tanzania). (Gabenor) katakan Daim menyimpannya di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim), untuk apa? Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

“Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, adakah kamu tahu, ini bukan cara yang sepatutnya.

“Duit daripada mana? Daim ambil daripada Malaysia dan simpan di sini,” kata Anwar, menceritakan kandungan pertemuannya, lapor Suara Keadilan.

Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.

“Saya bawa perkara ini kepada SPRM, tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.

“Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno, kamu kebal. Kamu curi banyak mana sekalipun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar sebagaimana dilaporkan SK. -TMI


SPRM digesa mula siasatan keatas Daim Zainuddin

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siasatan dapat dimulakan ke atas Tun Daim Zainuddin rentetan kekayaan luar biasa beliau, yang disyaki, mempunyai hubungkait dengan amalan korupsi dan rasuah.

Terdahulu,pada 18 Mac 2014 yang lepas saya telah mengeluarkan kenyataan susulan pendedahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Daim mempunyai wang berbillion-billion ringgit di dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dengan menggunakan proksi bagi mengaburi salahlaku tersebut.

Pendedahan Dato’ Seri Anwar ini konsisten dengan laporan polis yang telah beliau kemukakan pada 30 Jun 1999 [ruj:LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99 ]yang bukan sekadar mendedahkan perihal rasuah tersebut, tetapi juga turut mengemukakan bukti iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.

AMK juga telah mempersoalkan bagaimana Tun Daim, yang dikenali sebagai maha-billionaire tidak tersenarai langsung di dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia sebagaimana yang dikompilasikan oleh majalah Malaysian Business.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh mana-mana pihak ke atas Tun Daim. Sehubungan dengan itu, AMK menggesa SPRM dapat bertindak hasil daripada laporan rasmi yang dikemukakan ini, bagi mengesah atau menafikan sebarang bentuk tuduhan yang dipalitkan ke atas Tun Daim.

SPRM seharusnya mempamerkan citra ketelusan dan integriti tahap tertinggi dengan keseriusan menyiasat seterusnya membuat pendakwaan ke atas Tun Daim. Jerung jangan dibiar berenang bebas di saat ikan bilis dipukat rakus.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
Ahli Parlimen Bukit Katil


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.