Mustafa, Mat Sabu berbeza pendapat isu MB Selangor
BATU PAHAT - Kepimpinan tertinggi Pas masih bertelagah sesama sendiri
berkenaan isu Menteri Besar Selangor, yang dijangka berakhir Selasa ini
dengan majlis angkat sumpah pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata pakatan pembangkang
perlu mematuhi apa jua keputusan yang bakal diputuskan oleh pihak Istana
Selangor.
"Keputusan sebelum ini telah memutuskan bahawa kerusi itu dikhususkan
untuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai menteri besar.
"Namun, apa sahaja keputusan istana, bukan sahaja Pas malah semua pihak
perlu terima," katanya kepada pemberita selepas tamat perbahasan ucapan
dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di sini, hari ini.
Pada 17 Ogos lepas, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bersetuju untuk
mencalonkan dua pemimpin PKR sebagai menteri besar Selangor baharu
menggantikan Abdul Khalid.
Bagaimanapun, selepas tarikh akhir penyerahan nama calon kepada Istana
Selangor pada awal September lepas, PKR dan DAP tetap menghantar hanya
satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Pendapat Mustafa bagaimanapun disanggah Timbalan Presiden Pas Mohamad
Sabu yang mengatakan parti itu tetap menolak jawatan itu sekiranya calon
parti itu dipilih.
"Kalau calon Pas dipilih, kami akan tolak," katanya sambil enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad pula
berkata, "jika istana membuat keputusan untuk memilih calon Pas, kami
terima." - Bernama
2 orang berkata:
Mat sabu pencacai anwar...ha..ha..matsabu @ mat syabu
Aku sokong mat sabu kerena aku bkn pencacai hadi
Post a Comment