Anggaran aset awam musnah lebih RM200 juta
KOTA BHARU - Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat
banjir buruk yang melanda Kelantan dianggarkan lebih RM200 juta setakat
ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan, Datuk Seri
Mustapa Mohamed.
Beliau berkata nilai sebenar kemusnahan hanya akan diketahui selepas bencana itu berakhir dan ia dijangka lebih besar setelah semua agensi berkaitan mengemukakan laporan masing-masing.
"Kita semalam dapat gambaran tapi tak lengkap di seluruh Kelantan iaitu antara lain Jabatan Kerja Raya kata lebih RM100 juta," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Bencana Banjir di sini, hari ini.
Selain itu, Tenaga Nasional Berhad mengunjurkan anggaran kerosakan di seluruh negeri bernilai lebih RM10 juta, Polis Diraja Malaysia (lebih RM8 juta), Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (lebih RM3 juta) manakala Jabatan Kesihatan Kelantan menganggarkan nilai kerosakan lebih RM10 juta di Kota Bharu sahaja.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan bersama-sama membuat pengumpulan maklumat lengkap dan sekarang dalam proses mendaftar aset yang rosak.
Mustapa berkata jawatankuasa itu akan turut mengumpul segala butiran mangsa banjir sambil mengakui ia tugas yang mencabar.
Menurutnya, jawatankuasa itu telah mendengar beberapa cadangan pasca banjir oleh beberapa pihak termasuk oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai pembinaan rumah sementara kepada mangsa banjir.
"Kementerian itu mencadangkan pembinaan rumah kluster seperti dibuat di Jepun yang boleh menempatkan 48 keluarga di setiap rumah," katanya sambil menambah penempatan sementara menjadi satu keutamaan buat kerajaan.
Beliau berkata bancian awal menunjukkan 516 rumah di Gua Musang dan 38 di Machang musnah sama sekali dan jawatankuasa itu akan mengambil langkah segera membantu keluarga terlibat.
Mustapa menjelaskan dalam tempoh seminggu ini, 91 pusat pemindahan di sekolah masih boleh digunakan tetapi bila sekolah dibuka di negeri ini mulai 11 Januari, mangsa yang mengalami kemusnahan atau kerosakan rumah akan ditempatkan di khemah sementara di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara.
Selain itu, beliau berkata setakat ini 70 peratus bekalan elektrik telah pulih dan ia dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini manakala bekalan air bersih yang diuruskan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini sudah hampir 60 peratus pulih.
Mustapa turut berkata stok makanan di tiga depoh makanan utama di Lapan Briged Infantri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kedua-duanya di Pengkalan Chepa, dan Ibu Pejabat Polis Machang kini semakin bertambah hasil sumbangan orang ramai. - Bernama

1 orang berkata:
qihang0606chanel outlet
michael kors handbag
christian louboutin sale
fitflops outlet
burberry scarf
coach outlet
true religion
ralph lauren uk
pandora jewelry
prada outlet
coach outlet
abercrombie
gucci uk
michael kors bags
cheap oakley sunglasses
tory burch handbags
air max 95
coach factory outlet
kate spade bags
coach outlet store online
coach factory outlet
ray ban glasses
polo ralph lauren
coach outlet online
hollister clothing store
chanel bags
oakley sunglasses
tory burch shoes
burberry outlet
michael kors outlet
cheap jerseys
oakley sunglasses sale
burberry outlet online
cheap jordans
cheap oakleys
toms outlet
michael kors uk
ralph lauren outlet
gucci outlet online
chanel handbags
q
Post a Comment