Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KONSEP BERSATU PERLU JELAS

Bersatulah rakyat Malaysia bantu mangsa banjir

  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan beliau ke kawasan banjir di Kelantan sebelum mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan beliau ke kawasan banjir di Kelantan sebelum mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengajak semua pihak bersatu dalam menyelesaikan isu pasca banjir yang melanda negara khususnya di Kelantan yang mengalami kemusnahan yang  paling teruk.
 
Bagi tujuan itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa pasca banjir yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ditubuhkan bagi menyelaras kerja-kerja bantuan.
 
“Kita mencadangkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerja sebagai satu pasukan. Perdana Menteri mencadangkan kedua-dua  pemimpin ini  untuk mengetuai jawatankuasa ini dan Kerajaan Negeri bersetuju. 
 
“Perkara pertama yang kita lihat adalah bagaimana kita mahu memulakan kehidupan rakyat yang ditimpa musibah kembali seperti sedia kala, oleh kerana keadaan teruk, banyak pihak sedar kita perlu bersatu dan  menguruskan ia secepat mungkin supaya dapat meringankan beban mangsa mangsa  yang terlibat,”katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan pasca banjir di sini.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata setakat ini, anggaran jumlah kerosakan harta awam milik kerajaan di Kelantan adalah bernilai RM932.4 juta melibatkan bangunan kerajaan, hospital, balai polis dan jalan raya.
 
Katanya, kerajaan negeri juga perlu segera menyenaraikan infrastruktur yang rosak akibat banjir mengikut keutamaan supaya kerja pemulihan dapat dilakukan segera.
 
Beliau berkata langkah lain yang akan diberi keutamaan ialah proses pembersihan kawasan yang dilanda banjir  termasuk rumah penduduk dan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan pasar awam.
 
Beliau berkata sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan perlu mendaftar dengan pihak jawatankuasa itu bagi  penyelarasan kerja pembersihan. 
 
Muhyiddin berkata selepas selesai pasca banjir itu, kerajaan akan memfokuskan kepada langkah-langkah menangani banjir seperti mendalamkan sungai dan membina tebatan banjir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.