• Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga. Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.
1 / 1
PARIS - PERANCIS. Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar, semalam.

Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris. “Sebuah lubang kesan dari peluru juga ditemui.

Beberapa tembakan juga disasarkan ke sebuah dewan sembahyang, tidak lama selepas sembahyang Asar,” dipetik laporan itu.

Letupan berlaku di sebuah kedai kebab berdekatan dengan sebuah masjid di sebuah bandar di Perancis.

Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.

Perancis masih lagi meneruskan operasi memburu besar-besaran selepas dua suspek bersenjata automatik menyerang syarikat akhbar mingguan, Charlie Hebdo. Seramai 12 orang terkorban di dalam kejadian berdarah tersebut.