Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PE DUDUK SATU LUBUK


Saturday, January 10, 2015

Gempar - Pegawai Khas Khairy Belasah Ketua Penerangan Perkasa !!

Hanya kerana berlaku salah faham melibatkan bantuan terhadap mangsa banjir, Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan, Iruan Zulkifli Mohamad didakwa bertindak keterlaluan dengan menumbuk seorang lelaki sehingga berdarah.

Mangsa yang merupakan Ketua Penerangan Perkasa Negeri Perak, Saad Abdul Rahman berkata dalam kejadian sekitar jam 2.25 petang itu, Iruan secara tiba-tiba datang dan mencekak leher bajunya sebelum melepas tumbukan sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menerima tiga jahitan.


Beliau yang juga merupakan Ketua Wira Perkasa Parlimen Lenggong berkata, Pegawai Khas Khairy Jamaluddin itu menuduhnya cuba campur tangan urusan Pemuda UMNO Mal
aysia.

“Dia dengan nada marah mem
beri amaran kepada saya agar jangan mempertikaikan urusan Pemuda UMNO.

“Beliau turut mempertikaikan Pemuda Perkasa kerana terlibat dengan kerja-kerja amal membantu mangsa banjir” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Saad turut menjelaskan kejadian tersebut berlaku kerana ada pihak ketiga yang menyampaikan laporan tidak benar kepada Iruwan.

“Dia mendakwa saya mempertikaikan gerak kerja Pemuda UMNO ketika mesyuarat bersama badan-badan kerajaan pada hari Selasa yang lalu, sedangkan perkara tersebut tidak seperti yang digambarkan.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lenggong itu bertujuan untuk membincangkan gerak-kerja bagi membantu mangsa-mangsa yng terlibat di kawasan” katanya lagi. Beliau turut menjelaskan sebelum kejadian tersebut, beliau dengan hormat cuba bersalam dengan Iruwan namun tidak dilayan.

“Dia mungkin bangga sebab bekerja d
engan menteri sehingga sanggup bertindak keterlaluan, sedangkan perkara seperti ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan kekeliruan.

“Pada saya dia tak profesional dan tak layak jadi untuk menjadi pemimpin” ujarnya dengan nada kesal.

Saad berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan telah mengarahkan pihak peguamnya untuk mengambil tindakan susulan, lapor Suara TV.

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.