• Rohana cedera ringan di samping Faizal yang cedera ditikam di bahagian dada. Rohana cedera ringan di samping Faizal yang cedera ditikam di bahagian dada.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Gara-gara cemburu, seorang peniaga nyaris maut akibat ditikam di dada dalam kejadian di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, di sini, petang semalam.

Sebelum kejadian, kira-kira jam 3.20 petang, mangsa dikenali sebagai Faizal, 39, menunggang motosikal bersama teman wanitanya dikenali sebagai Rohana, 38.

Mereka tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dikatakan mengekori sejak dari bangunan Baitulmal terletak berhampiran lokasi kejadian.
 
Setelah merempuh motosikal berkenaan, lelaki itu keluar dari kenderaan dan terus menikam dada mangsa, sebelum melarikan diri.
Sementara itu, seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki terbabit yang berada di tempat duduk sebelah pemandu masih berada dalam kereta dan membuat bising, sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami.

Mangsa yang cedera ditikam menerima rawatan di hospital, manakala teman wanitanya hanya cedera ringan di bahagian tangan akibat rempuhan tersebut.

Rohana ketika ditemui berkata, lelaki yang menikam temannya itu tidak puas hati dengan mangsa yang bakal menikahinya tidak lama lagi.

“Sebelum ini dia pernah langgar anak saya kerana dendam. Sejak pagi tadi dia ikut kami berdua,” katanya.