Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hadi tempelak Guan Eng isu hadir mesyuarat
  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
MARANG - [VIDEO] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terus meragui kehadirannya pada mesyuarat Mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Kuala Lumpur, esok.

Menurut Abdul Hadi, Guan Eng sama sekali tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan sama ada beliau akan hadir ataupun tidak dalam mesyuarat itu.

“Dia tak berhak nak tentukan sama ada saya patut hadir atau tidak mesyuarat. Terpulang pada sayalah nak hadir atau tak mahu hadir. Saya bukan anak murid sekolah (untuk ikut cakap dia). Itu hak saya,” tegasnya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau akan hadir mesyuarat itu sebagaimana yang dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini, Abdul Hadi berkata: “Kita tengok dulu, kita tengok (pada) hari mesyuarat inilah sama ada saya hadir atau tidak. Saya tidak bergantung kepada (arahan) sesiapa.”

Pemimpin Pas itu berkata demikian ketika diminta mengulas peringatan Guan Eng kelmarin, bahawa Mesyuarat Pimpinan PR itu tidak akan diadakan jika Abdul Hadi tidak hadir.

Menurut Guan Eng, tarikh mesyuarat telah ditetapkan dan semua parti dalam pakatan perlu memberi komitmen untuk menghadirinya.

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, jika dibandingkan dengan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya sendiri masih belum disahkan, beliau (Abdul Hadi) lebih kerap menghadiri mesyuarat itu sejak dahulu.

Bagaimaapun katanya, ada masa tertentu beliau terpaksa untuk tidak hadir atas sebab kesihatan.

“Saya lebih banyak hadir mesyuarat (pembangkang) daripada Guan Eng. Dia paling banyak tidak hadir mesyuarat. Saya paling banyak hadir kecuali semasa sakit atau uzur.

“Masa saya jadi MB (Menteri Besar Terengganu) dulu pun, saya hadir tiap-tiap mesyuarat (parti pembangkang). Saya tak sibuk macam Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng). Kalau sibuk pun saya mesti hadir mesyuarat,” sindirnya.

“Kena check (semak) betul-betul dari segi kehadiran, siapa paling banyak tak hadir mesyuarat,” katanya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Kerana sikap kita sendiri menyebabkn orang x hormat . Cermin dan islah diri TGHH..Jadi kita jadi al sebab oran jauhkn diri dari Islam.

Anonymous said...

Kerana sikap kita sendiri menyebabkn orang x hormat . Cermin dan islah diri TGHH..Jangan kerana sikap kita jadi al sebab orang jauhkn diri dari Islam.

Anonymous said...

Tuan guru bt mcm tu ada sbbnya.. Kena faham la.. Ada benda yg x boleh setuju dlm apa bentuk prbincangan demi menjaga kehendak mgikut syariat islam.. Memang kena fhm..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.