Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA DAH KATA TAKKAN MINTA MAAF


Pemuda Pas Kelantan gesa Kor Ming mohon maaf
Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan hari ini menuntut ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming supaya memohon maaf terhadap umat Islam berhubung entri di laman sosial Facebooknya yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata Kor Ming sepatutnya tidak cuba 'bergurau' dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan perlu menghormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.

"Saya nak nasihatkan Kor Ming jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.

"Jalan yang paling baik, dia tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu gurauan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah Umno, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". –Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

ini cina dap tak dak kerja....buat kerja bodoh.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Kadang-kadang semakin mengelirukan memberi duit raya ini adakah budaya atau amalan adat atau Islam? Adakah sebagai orang Islam semestinya memberi duit raya pada hari raya? Bukan memberi duit hanyalah sebagai amalan adat bagi memeriahkan suasana hari raya sahaja, kenapa perlu untuk dikaitkan demi kepentingan politik kepartian? Apakah duit raya ini merupakan isu besar yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit yang akhir terpaksa dibayar oleh rakyat dengan kenaikkan cukai dan saman? Mungkin perlu diingat bahawa budaya dan amalan memberi duit raya adalah amalan orang-orang cina dengan memberi angpau. Islam mengalakkan sederkah tapi bukan hanya di hari raya semata-mata dan pemberian sederkah juga bukan sekadar duit raya tetapi bermacam-macam cara jadi janganlah sempitkan pemikiran hanya kerana sekeping lukisan kartun.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Mari2 makan dedak

Unknown said...

Kenapa tak repot yg melukis katun dan menulis dialog itu...
Kalau bukan kerana kepentingan individu dan politik?

Unknown said...

Yang meroko di twmpat awam ,akan di kompoun. Mengapa tidak denda pwngeluar rokok?

IrWrWs said...

Yg pastinya maksud kor ming tu ialah sekiranya kedua ibubapa kpkb pernah bg duit raya bermakna mereka tergolong dlm kategori pemberi rasuah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.