Pemuda Pas Kelantan gesa Kor Ming mohon maaf
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan hari ini menuntut ahli Parlimen
Taiping Nga Kor Ming supaya memohon maaf terhadap umat Islam berhubung
entri di laman sosial Facebooknya yang didakwa menghina sambutan
Aidilfitri.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata Kor Ming sepatutnya tidak cuba
'bergurau' dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan
perlu menghormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.
"Saya nak nasihatkan Kor Ming jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu
sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya
ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak
hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.
"Jalan yang paling baik, dia tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu
gurauan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra
Aidilfitri Bersama Mahasiswa Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar
Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.
Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang
dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, bertajuk "Hanya di Malaysia di
bawah Umno, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak
sedang meminta derma daripada seorang individu.
Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak
bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.."
manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan
karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf
Zahir dan Batin". –Bernama
7 orang berkata:
ini cina dap tak dak kerja....buat kerja bodoh.
Kadang-kadang semakin mengelirukan memberi duit raya ini adakah budaya atau amalan adat atau Islam? Adakah sebagai orang Islam semestinya memberi duit raya pada hari raya? Bukan memberi duit hanyalah sebagai amalan adat bagi memeriahkan suasana hari raya sahaja, kenapa perlu untuk dikaitkan demi kepentingan politik kepartian? Apakah duit raya ini merupakan isu besar yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit yang akhir terpaksa dibayar oleh rakyat dengan kenaikkan cukai dan saman? Mungkin perlu diingat bahawa budaya dan amalan memberi duit raya adalah amalan orang-orang cina dengan memberi angpau. Islam mengalakkan sederkah tapi bukan hanya di hari raya semata-mata dan pemberian sederkah juga bukan sekadar duit raya tetapi bermacam-macam cara jadi janganlah sempitkan pemikiran hanya kerana sekeping lukisan kartun.
Mari2 makan dedak
Kenapa tak repot yg melukis katun dan menulis dialog itu...
Kalau bukan kerana kepentingan individu dan politik?
Yang meroko di twmpat awam ,akan di kompoun. Mengapa tidak denda pwngeluar rokok?
Yg pastinya maksud kor ming tu ialah sekiranya kedua ibubapa kpkb pernah bg duit raya bermakna mereka tergolong dlm kategori pemberi rasuah
Post a Comment