Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA SATU LAPORAN ODIT, KERUAK JANGAN RISAU


Gesa dedah segera laporan tulen 1MDB
Tuan Ibrahim Tuan Man , Salleh Said Keruak

SHAH ALAM – Kerajaan digesa mendedahkan segera laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang tulen bagi memastikan dakwaan Sarawak Report tentang isu terbabit adalah palsu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu penting memandangkan sekatan akses terhadap Sarawak Report ternyata gagal membendung portal tersebut daripada memperdayakan rakyat negara ini.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak telah melahirkan kebimbangan bahawa laman Sarawak Report sedang memperdayakan orang ramai dengan pendedahannya mengenai Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

“Bagi menyelesaikan kebimbangan Salleh dan juga kerajaan, kerajaan melalui media-medianya boleh menunjukkan di mana silapnya laporan Sarawak Report dan bagaimana rakyat sedang diperdayakan, seperti yang dituduh oleh Salleh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Tuan Ibrahim lagi, Najib dan BN tidak perlu risau dengan pendedahan laporan tulen 1MDB kerana ia sudah tentu tidak akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Diharap kerajaan BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat mengambil langkah proaktif ini. Bukankah kemenangan besar di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberikan keyakinan penuh kepada PM dan BN bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan lagi dengan skandal 1MDB?

“Ini hanyalah satu laporan audit, seperti kata Salleh, ia cuma satu komponen kecil untuk PAC menyediakan laporannya terhadap 1MDB,” katanya lagi.

Salleh dalam kiriman blognya semalam berkata Laporan Ketua Audit Negara itu tidak lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.
 
Malah, katanya, laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira Laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat lain yang dikumpulkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.