Gesa Exco letak jawatan, gagal tangani krisis air
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Kedah melancarkan mobilisasi petisyen
online dalam usaha mengumpul sokongan rakyat selain menyuarakan hasrat
rakyat berhubung krisis air di Kedah yang dikatakan meruncing sepanjang
musim perayaan.
Petisyen yang dilancarkan semalam berjaya mendapatkan 314 tandatangan setakat 3.40 petang hari ini.
Ketua Penerangannya, Nurul Amin Hamid berkata, pihaknya turut
melancarkan memorandum tuntutan rakyat berkaitan isu bekalan dan kualiti
air yang berulang saban tahun sehingga menyukarkan penduduk.
“Reaksi kerajaan negeri setiap kali masalah ini berlaku ibarat melepas
batuk di tangga, pelbagai alasan diberikan selain menuding jari kepada
agensi berkaitan untuk meredakan kemarahan rakyat, namun gagal menambah
baik pengurusan dan sistem bekalan air,” katanya.
Menurutnya, kekecewaan rakyat Kedah tidak dapat dibendung lagi terutama
ketika sambutan Aidilfitri yang diraikan dengan penuh kesulitan
berdepan masalah itu.
“Satu memorandum menuntut lima perkara yang turut disertakan pada
petisyen itu meminta, kerajaan negeri bertanggung jawab atas kesusahan
rakyat ketika Aidilfitri selain menggesa elaun Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada)
dipotong sehingga masalah perkhidmatan bekalan air diselesaikan,”
katanya.
Nurul Amin berkata, tuntutan lain termasuk menggesa Exco Bekalan Air,
Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim meletakkan jawatan
serta-merta kerana didakwa gagal menangani isu berkenaan.
“Turut disarankan mengadakan konsultasi awam bersifat lebih terbuka
dalam melihat masalah secara kritikal serta mencari jalan penyelesaian
segera menangani krisis bekalan dan kualiti air,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga meminta kerajaan negeri mengumumkan
penggunaan peruntukan pusat dalam membaik pulih serta menaik taraf
infrastruktur air seperti saluran paip, loji rawatan, tangki simpanan,
peralatan mekanikal dan berkaitan.
“Kami mahu kerajaan negeri dedahkan kadar simpanan air di
empangan-empangan di Kedah, apa masalahnya sehingga simpanan air belum
mencukupi untuk dibekalkan untuk kegunaan rakyat Kedah,” katanya.
Tuntutan lain termasuk inisiatif kerajaan negeri melakukan jangkaan
masa hadapan berkenaan isu air di Kedah dan membuat persiapan bersepadu
dari semua aspek.
“Data perolehan krisis air pada masa lalu boleh dijadikan petunjuk
terhadap keperluan air mengikut daerah dan musim. Krisis lalu harus
dijadikan pengajaran dan berusaha menanganinya agar masalah sama tidak
berulang,” katanya.
Nurul Amin berkata, pihaknya juga bercadang mengadakan pertemuan dengan
pimpinan negeri dan Sada untuk berbincang secara telus, selain
berkongsi idea ke arah kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan negeri seolah-olah tidak mengambil iktibar dan petunjuk
daripada pengalaman lalu. Data kadar penggunaan air musim perayaan lalu
tidak dijadikan panduan untuk persediaan bekalan dan menambahbaikkan
sistem agihan,” katanya.
Menurutnya, sekiranya tiada tindakan segera, masalah ini pasti berulang
lagi dan sampai bilakah rakyat Kedah terpaksa berdepan kesukaran setiap
kali menjelang Aidilfitri.
6 orang berkata:
Masa PAS memerintah..masalah air adalah pengurusan yg tidak betul
Masa BN memerintah...masalah air adalah masalah cuaca global...
Masa PAS memerintah..masalah air adalah pengurusan yg tidak betul
Masa BN memerintah...masalah air adalah masalah cuaca global...
Masa pas dulu gangguan bekalan tak seteruk sekarang..... Betullah slogan BN MENANG RAKYAT SENANG.... SENANG kepala baba hangpa
Masalah cuaca global atok hang... sungai2 sentiasa penuh... ni masalah kecuaian manusia... Staff sara tiap bulan jolok kat bank keluar hasil..peduli apa saya ada ke tarak
Masalah cuaca global atok hang... sungai2 sentiasa penuh... ni masalah kecuaian manusia... Staff sara tiap bulan jolok kat bank keluar hasil..peduli apa saya ada ke tarak
mbt shoes outlet
moncler outlet store
ralph lauren pas cher
michael kors outlet
polo ralph lauren
nike trainers
christian louboutin uk
cartier outlet store
ray-ban sunglasses
rolex uk
lululemon outlet online
ugg boots sale
true religion outlet
rolex watches
tory burch shoes
abercrombie outlet
ugg boots
louis vuitton handbags outlet
michael kors outlet
coach factory outlet
michael kors handbags
ferragamo outlet
nike outlet online
ugg boots clearance
oakley sunglasses
uggs outlet
true religion outlet
toms outlet
longchamp
cartier watches
fitflops uk
burberry outlet store
hollister
salomon shoes sale
michael kors uk outlet
longchamp handbags
0812jianxiang
Post a Comment