Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASIH BELUM BERSALAH


Mesyuarat putuskan LGE tak perlu letak jawatan
Mesyuarat putuskan LGE tak perlu letak jawatan
Mesyuarat Exco putuskan Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau letak jawatan. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebulat suara memutuskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletak jawatannya.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon selepas mesyuarat itu tadi.

Menurutnya, perkara itu dicadang olehnya sendiri dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy.

"Mesyuarat Exco memutuskan Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan kerana dua pertuduhan yang disabitkan keatasnya hanya bermotifkan politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno lebih hormati undang-undang]

"Sehubungan dengan itu, barisan Exco memutuskan Guan Eng tidak perlu meletak jawatan dan boleh meneruskan tugasnya seperti biasa," katanya kepada media tadi.

Sebelum ini, Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menggesa Guan Eng supaya meletakkan jawatan Ketua Menteri dan lain-lain jawatannya sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai.

Zainal Abidin berkata, sebelum ini,  belum ada mana-mana Ketua Menteri atau bekas Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan salah laku rasuah.

Menurutnya, tindakan itu perlu diambil bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri tidak dipertikaikan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.