Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ooooh kena juga dia ni


HartaGuam: Jual beli hartanah tertakluk harga pasaran
Lim Guan Eng

SHAH ALAM - Meskipun perjanjian jual beli hartanah dibeli di bawah harga pasaran, ia masih tertakluk kepada harga pasaran semasa hartanah tersebut, kata Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

Presidennya, Salkukhairi Abd Sukor menjelaskan, pembeli tetap dikenakan bayaran duti setem pindah milik mengikut harga pasaran semasa hartanah berkenaan walaupun harga jual beli yang dinyatakan dalam perjanjian lebih rendah daripada harga pasaran.

“Dalam kes Lim Guan Eng ini, beliau tetap akan tertakluk kepada harga pasaran semasa hartanah tersebut dan akan dikenakan bayaran duti setem pindah milik mengikut harga pasaran semasa hartanah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau merujuk kepada kontroversi pembelian banglo di Jalan Pinhorn melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran dan isu tanah Taman Manggis.

Salkukhairi berkata, dalam  sesuatu  perjanjian  jual beli  hartanah, harga jualan adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara penjual dan pembeli.

“Bukanlah satu transaksi luar biasa apabila pemilik sesuatu hartanah menjual hartanahnya kepada pembeli di bawah harga pasaran, sekiranya harga tersebut dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.

“Bagaimanapun dari segi kelulusan pinjaman oleh bank terhadap pembelian hartanah tersebut, bank tetap akan merujuk kepada penilai untuk mendapatkan nilaian terkini hartanah tersebut sebelum meluluskan pinjaman.

“Jadi walaupun harga jual beli yang dipersetujui antara penjual dan pembeli adalah rendah daripada harga pasaran, pinjaman akan diluluskan berdasarkan kepada peratusan tertentu daripada harga pasaran semasa hartanah tersebut,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.