Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAGI NI LANCO JE TRAFIK


Aliran trafik lancar pagi ini
Aliran trafik lancar pagi ini

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini.  

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, trafik ke utara dan selatan di kedua-dua arah terkawal dengan tiada lokasi dilaporkan mengalami kesesakan.

Situasi serupa dilihat di Lebuhraya Pantai Timur menuju ke timur semenanjung. 
   
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Kuala Lumpur menghala ke Bukit Kayu Hitam masih terkawal walaupun bilangan kenderaan bertambah secara perlahan-lahan.  
  
"Bagi laluan ke selatan, aliran trafik lancar dari Sungai Besi hingga ke Johor Bahru. Kenderaan dijangka mula bertambah menjelang sebelah petang," katanya.    

Beliau berkata berlaku beberapa kemalangan kecil namun ia tidak mengganggu lalu lintas.    

Di Tambak Johor, kenderaan bergerak lancar dari Malaysia ke Singapura namun sesak dari Singapura menuju ke Malaysia manakala trafik di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) masih lancar. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.