Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CEMAS ?


PKR hantar pemimpin pulih situasi di Sabah
PKR

SHAH ALAM - PKR menghantar beberapa pemimpin parti itu ke Sabah bagi memulihkan keadaan si negeri di Bawah Bayu itu.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata demikian ketika mengulas pergolakan politik melibatkan PKR yang sedang berlaku di Sabah ketika ini.

"Kita ada gambaran yang lebih besar tentang apa yang berlaku di sana (Sabah).

"Buat masa sekarang, PKR sedang melaksanakan langkah bagi menjernihkan keadaan di sana," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, PKR Sabah dilaporkan akan melaksanakan proses penambahbaikan organisasi parti dalam masa terdekat untuk memantapkan saf kepimpinan serta memastikan agenda reformasi terus menjadi teras perjuangan menegakkan keadilan di bumi di bawah bayu itu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, langkah tersebut dibuat  susulan daripada keputusan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin serta beberapa pimpinan PKR Sabah lain meninggalkan parti itu.

Menurut Manivannan lagi, keadaan politik di Sabah pada masa kini tidak menggambarkan situasi semasa dalam parti PKR.

"Situasi PKR di Sabah perlu dipandang secara spesifik dan bukan merupakan pandangan umum yang berlaku dalam PKR secara menyeluruh.

"Meskipun telah berlaku beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu tanganinya," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyifatkan tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin terdahulu merupakan batu loncatan kepada PKR untuk memperkukuh parti itu.

"Keluar parti bukan perkara baru. Bila seseorang sudah keluar parti, parti biasanya akan jadi lebih kuat dan mantap.

"Dengan adanya Wan Azizah, hal seperti ini bukan masalah besar. Yang penting, kita perkukuh perjuangan parti," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.