Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Bajet Pakatan Harapan janji bulan, bintang
Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim

KUALA LUMPUR - Bajet Alternatif 2017 yang dibentangkan Pakatan Harapan bersifat retorik dan bertujuan untuk memikat hati rakyat semata-mata.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, bajet yang telah dibentangkan semalam hanya menjanjikan bulan dan bintang kerana tidak jelas terutama sekali dari segi sumber pendapatan negara apabila mencadangkan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan.

"Jika GST dihapuskan di mana sumber pendapatan negara? Apa yang jelas, bajet tersebut bermatlamat untuk menyaingi kerajaan persekutuan tanpa memikirkan intipati yang inklusif dalam pemerkasaan ekonomi dan penambahbaikan kebajikan rakyat,"katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, jika dilihat secara teliti, pihak Pakatan Harapan menggunakan bajet sebagai tiket untuk mencari populariti dan ingin menyemai persepsi negatif terhadap kerajaan BN.

"Dalam bajet tersebut ada menyatakan agenda untuk mereformasi institusi usang yang gagal dalam mendukung keperluan setiap rakyat Malaysia dengan adil.

"Namun telah terbukti bahawa setiap tahun kerajaan BN akan menyediakan bajet yang  bersifat holistik dalam memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat. Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BRIM) misalnya merupakan insentif yang berjaya membantu golongan yang memerlukan," katanya.

Malah, kata Irmohizam penerima BRIM tertinggi datangnya dari negeri yang ditadbir pembangkang iaitu, Selangor.

Katanya, pembangkang juga tidak menyatakan secara langsung hasrat untuk memansuhkan GST, walhal sebelum ini mereka adalah golongan yang sering memperjuangkan GST untuk dimansuhkan.

"Ini jelas menunjukkan pembangkang akan menggunakan segala jalan yang ada untuk memberi harapan palsu untuk memikat hati rakyat, namun pada zahirnya belum tentu mereka akan melaksanakan apa yang diperjuangkan,"katanya.

Irmohizam berkata, Pakatan Harapan tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam seperti kerajaan BN dalam mentadbir urus kewangan negara.

"Saya yakin kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan bajet 2017 yang inklusif dengan intipati untuk memantapkan ekonomi negara dan sosial dalam konteks mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan seluruh lapisan rakyat di Malaysia,"katanya.

Semalam, Pakatan Harapan telah membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2017, bertemakan  'Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan'.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Gst tu susahkan org nak niaga. Susahkan fakir miskin jugak. Memang wajib hapuskan. Pandai nak tadbir, pandailah cari duit. Jgn nak mintak kat rakyat plak.

Cer tgk walsunta kat uganda. Tak ada royalti tak ada hasil pun dia bole tadbir tanpa mintak duit dr rakyat. TAPI DIA JUAL BALAK LA. BYK HUTAN DIA ORG KASI SAPU LICIN. RAKYAT DAPAT AIR TEH FREE AJE....

Anonymous said...

Ada kementerian tu mempunyai 9 menteri dan 3 timbalan menteri serta guna 13% drp jumlah bajet 2016. Penting sgt ker kementerian tu klu dibanding dgn kem kedihatan atau kem pelajaran??


Saja tanya..

Anonymous said...

Nak cari duit perintah negara bukan susah sangat. Tanam durian kunyit dalam hutan pun masuk kencang wooo...Bilion2 bole masuk sebulan.

Heeeer

Anonymous said...

Tahun ni Pas tak buat bajet ker??
Kita org pun nak tgk bajet bayangan pas. Manala tau kot2 hadi dpt jadi pm tahun depan. Kan pas nak bertanding byk kawasan.....Klu menang semua bole la jadi pm.

Anonymous said...

Gst boleh dihapuskan tanpa menjejaskan kewangan negara sekiranya rasuah dan perangai mengebas duit negara dapat dihapuskan.

Keteresan sana sini menyebabkan perbelanjaan negara meningkat. Jika ini dapat diatasi, gst tidak perlu sama sekali.

Perbelanjaan terhadap projek gajah putih dan bayaran hutang syarikat yg rugi serta hutang negara yg terlalu banyak menyebabkan dana negara tidak cukup. Bayangkan sebuah sykt perlu bayar 7 juta sehari....Kalau sykt ini tidak wujud, negara boleh kurangkan bilion rm setahun.

Dlm keadaan spt ini, projek berkos tinggi boleh ditangguhkan, atau dipanjangkan tempohnya. Rome is not build in one year.

Kurangkan dan hapuskan org2 yg suka rasuah dan belanja besar dalam pentadbiran. Rehatkan mereka di sg buluh.

Insyaallah jika pr guna formula ini, tiada masalah kewangan utk tadbir negara jika menang pru14.

Anonymous said...

Mungkin kaedah yg diguna pakai oleh pas ketika ini boleh dicontohi. Malaysia masih banyak balak spt di pahang, sabah, sarawak....

Anonymous said...

Untuk memerintah negara, terdapat 1001 cara untuk mendapatkan dana kerajaan secara berhemah. Tak perlu bergantung pada gst, balak atau berhutang.

Hutang keliling pinggang boleh membangkrupkan negara jika tiada hasil untuk membayarnya. Hutang bukan free. Bunganya saja cukup untuk membantu rakyat miskin.

Anonymous said...

Dlm keadaan negara sedang mengalami kemelesetan, org2 besar negara perlu berkorban naik kereta sendri, isi petrol sdri, byr tol sendri, lunch & brekfes sdri, bayar bil api & air sendri, byr duit rumah sendri dan tak shoping luar negara. Kurangkan mesyuarat di hotel2. Kurangkan naik jet kejaan. Dan kurangkan tukar tayar kenderaan kementerian yg masih tebal bunganya. Kurangkan juga servis enjin drp sebulan sekali kpd 6 bulan sekali.

Elaun2 org2 besar yg tak bagi keraian kpd rakyat mesti ditarim balik sbb membazir bagi ker anak bini mereka.

Kurangkan bagi projek kpd keluarga dan kroni. Tangkap bapakkkkk jerung serta ikan bilis sekali.

Anonymous said...

Time rakyat pening kepala fikir kos hidup yg makin mencanak2 naik ni la dia sibuk nak cerita ruu ciptaan dia. Makin pening la kepala otak rakyat....

Bukan bole gi mana pun......
Yg hudud dah lulus tu pun dia simpan kat serban dah.

Anonymous said...

Pak karamu...
Kalu kuih batang buruk kita tukar nama kuih batang khinzir, pak karamu setuju tak??

Anonymous said...

Lagi byk pengalaman mentadbir negara, lagi banyak dia tahu mana lobang nak cilok duit rakyat.

Anonymous said...

Time susah mcm ni, org2 besar klu gi mesyuarat atau rasmikan majlis, tak payah la sibuk ajak bini. Suruh bini kemas rumah dan masak untuk laki bila balik opis. Ikut pun bukan bagi pekdah

Anonymous said...

sian ko pakkaramu..Allah tu kaya..demi politik ko ludah org pakai kahak hijau dulu..hari ni Allah bagi ko balik..telan la..kesian kat anak2 ko,dapat bapak yg kene maki hamun sumpah seranah hari2 kat budak2..kene maki hamun sumpah seranah pasal politik hehe..x berbaloi

Anonymous said...

Esok kerajaan BANGSAT NEGARA nak bentang belanjawan....
Rakyat silakan lihat camkan muka2 pemakan dedak yang bertepuk sorak sakan. Suatu sindiran untuk rakyat.
Itulah muka pemakan dedak yang tahu mengejar dedak makanan asasinya bukan untuk membela rakyat!

Anonymous said...

sama je semua bangsat hehe..2x5

Minh Thái said...

I really thank the author of this article, the article has great significance for me, it just leads me to do better things for this life. Very meaningful, thank you very much, wish you happy
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus
Mobimatic Review
Mobimatic App Builder
Mobimatic Bonus

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.