Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA APA-APA KE BUAT KERJA TAK SELESAI ?

NGO minta SPRM siasat semula SRC International
NGO minta SPRM siasat semula SRC International
Ezam (kanan) menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada SPRM hari ini.

SHAH ALAM - Hisbah Centre For Reform menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula fail siasatan ke atas SRC International dengan kadar segera.

Pengerusinya, Datuk Muhamad Ezam Mohd Nor berkata, pada 3 Julai tahun lalu, SPRM telah memulakan siasatan terhadap SRC International namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan penyelewengan besar tersebut.

"Individu utama yang dikehendaki oleh SPRM bagi membantu siasatan seperti kedua Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Nik Faizal Ariff Kamil dan Suboh Md Yasin masih gagal ditemui.

"Menerusi sidang Parlimen sebelum ini, menteri memaklumkan bahawa kedua-dua individu terlibat masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah SRC International,"katanya ketika sidang media selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat SPRM Selangor, hari ini.‎

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan beberapa persoalan berhubung dana kewangan negara di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Ezam memaklumkan bahawa apa yang lebih mengelirukan rakyat adalah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan menyatakan bahawa siasatan berhubung isu tersebut telah selesai dan semua saksi diperlukan telah disoal.

"Dalam kenyataan Husni di Parlimen, beliau mengesahkan kepincangan berlaku apabila menyebut Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah memberikan dana pinjaman RM4 bilion secara sekali gus dan bukannya berperingkat sepertimana kebiasaan.

"Cara pembayaran ini jelas melanggar etika pengurusan kerajaan,"katanya.

Oleh sebab itu, Muhamad Ezam berkata, pihaknya turut menggesa agar SPRM menjalankan siasatan segera ke atas semua Ahli Lembaga Pengarah dan badan pengurusan KWAP.

Beliau berkata, walaupun Ketua Pegawai Eksekutif  KWAP menyatakan bahawa SRC International merupakan pembayar bertanggungjawab dan tidak pernah tertunggak setakat 3 tahun ini, namun tempoh pinjaman yang panjang perlu diambil kira dengan baki 7 tahun lagi.

"Semua kebimbangan ini menjadi lebih serius dengan kenyataan oleh Husni yang menyentuh persoalan yang sama.

"Hisbah Centre menyeru segenap lapisan masyarakat dan institusi sama ada politik, agama dan sebagainya untuk sama-sama memandang serius hal ini dan semua pihak terlibat perlu dihukum," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Lancauu..
Sapa suroh sekongkol sokong perompak?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.