Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANGGAR SUMPAH

Dedah rahsia kerajaan, langgar sumpah kerahsiaan
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR-  Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk melanggar sumpah kerahsiaan.

Beliau mendakwa perkara-perkara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sesi perbahasan lalu adalah maklumat yang diperoleh ketika berada di dalam kabinet.

Pada sesi perbahasan Bajet 2017 baru-baru ini, ketiga-tiga ucapan pemimpin itu telah menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.


Dakwa Pandikar lagi, tindakan ahli parlimen itu mendedahkan maklumat sulit kepada umum adalah perkara yang melanggar sumpah ketika dilantik sebagai menteri di dalam Kabinet.

"Sedangkan ketika mengangkat sumpah lantikan itu, seseorang individu telah dimaklumkan bahawa tidak boleh menzahirkan kepada sesiapa mengenai perkara yang diketahui ketika memegang jawatan penting.

"Mereka telah mencemar prinsip dan integriti, "katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Jelas Pandikar, apa yang disebut dan diperoleh mereka adalah pada ketika menjadi menteri, kerana ada disebut kelulusan dan keputusan kabinet. Itu adalah informasi yang diperoleh di dalam kabinet, yang tidak sepatutnya didedahkan," katanya.

Beliau berkata, sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat, beliau hanya boleh mengingatkan tindakan itu, sekiranya terbukti boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan Peraturan Mesyuarat 3612.

Sementara itu, Pandikar juga turut mengingatkan ahli parlimen agar sentiasa menjaga adab dan menghormati parlimen.

Kelmarin, sidang Dewan Rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara Speaker dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng yang akhirnya Lim diarah keluar daripada sidang itu.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Habis idea dan alasan akhirnya gunakan integriti kononnya, sedangkan golongan menipu duit negara dianggap sebagai berintegriti, inilah muka-muka pemakan dedak dan perosak negara. Demi kepentingan diri dan untungan peribadi, apa sahaja kesalahan tuan-tuan mereka yang menabur dedak sentiasa dijaga. Mereka akan menjilat-jilat kaki tuan yang menabur dedak.

Anonymous said...

Taik pemakan dedak pun diaorg sanggup makan. Yang penting ada khasiat dedaknya walaupun sudah menjadi najis.

Anonymous said...

Cam tu pun pas nak sukong
Fuhh...

**yg pas sokong misti betol punya

raybanoutlet001 said...

ecco shoes
steelers jerseys
coach outlet
oakland raiders jerseys
cleveland browns jerseys
kansas city chiefs jerseys
jordan 8
christian louboutin sale
coach outlet
cheap jordan shoes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.