Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAIN-MAIN POLITIK, BERSATU MUNGKIN LUMPUH

Tiada keyakinan punca Khairuddin keluar Bersatu
 Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

BERA - Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menunjukkan beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap masa depan parti itu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Khairuddin yang merupakan orang kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti akan kekal dalam parti itu jika beliau yakin parti tersebut mampu menjatuhkan Umno.

"Khairuddin merupakan antara orang terpenting dalam peringkat awal penubuhan Bersatu, (beliau) paling ke hadapan dan dari mula terlibat dengan Tun M (Mahathir), deklarasi rakyat dan kumpulan penjana untuk tubuhkan parti.

"Tapi bila beliau keluar parti, saya percaya beliau sudah hilang keyakinan dan bila beliau keluar parti, walaupun (usia parti) baharu setahun jagung sudah nampak wujud perpecahan di dalamnya," katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas merasmikan Fiesta Bera 5 di Dataran Kerayong, di sini hari ini.

Pada Khamis, Khairuddin mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM berkuat kuasa serta-merta dengan alasan 'pemergiannya' adalah untuk membolehkannya memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan melawan segala korupsi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir selaku pengerusi Bersatu yang ditemui media pada Jumaat, mengesahkan beliau tidak dimaklumkan mengenai tindakan itu dan perlu 'bercakap sendiri' dengan Khairuddin untuk mengesahkan berita tersebut.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap masyarakat luar bandar dapat menilai dan mengambil iktibar daripada keputusan Khairuddin untuk tidak mudah mempercayai agenda yang dibawa Bersatu dan hala tuju parti itu pada masa depan.

Mengulas mengenai Fiesta Bera 5, Ismail Ssbri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, program itu berperanan sebagai platform untuk mengetengahkan bidang keusahawanan kepada masyarakat khususnya golongan muda, dan bukannya sekadar hiburan.

"Terdapat perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh keusahawanan, penerangan daripada agensi yang terlibat dengan keusahawanan. Usahawan yang telah mempunyai produk juga diberi peluang mempromosikan produk mereka.    

"Program keagamaan juga diadakan pada hari pertama iaitu Jumaat melibatkan aktiviti seperti forum perdana, pertandingan imam cilik dan nasyid. Ini memberi peluang penduduk untuk berkumpul secara santai sambil mengeratkan silaturahim," katanya.

Ismail Sabri berkata, Fiesta Bera yang dianjurkan sejak 2009 juga berkesan mempromosikan daerah itu kepada penduduk sekitar memandangkan fiesta itu turut dikunjungi penduduk daerah berhampiran termasuk dari Negeri Sembilan.

Fiesta tiga hari itu yang berakhir esok, dijangka menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung. - Bernama

9 orang berkata:

Anonymous said...

Menteri ini tahu hati dan segalanya, mungkin menteri yang juga bapa Daffi ini mempunyai kebolehan menilik nasib agaknya. Hahahahaha

Anonymous said...

Takut pas je yg lumpuh kena main dgn amno.

Ada ke sapa2 amnos kat sini nak undi pas?

Kahkahkahkah..
Org separuh sedar je akan undi pas.

Anonymous said...

Assalamualaikum... Maaf ya SOBAT saya mau jujur bahwa awalnya saya hanya mencoba-coba bermain togel karna saya terlilit hutang yang sangat banyak sekitar Rp 235 juta karna hutang saya banyak akhirnya saya mencari jalan pintas meskipun itu dilarang agama islam apa boleh buat nasi sudah jadi bubur dan akhirnya saya menemukan seorang dukun yang bisa membantu saya melalui jalan togel dengan lantaran bantuan MBAH WIRANG kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya karna itu semua berkat bantuan MBAH WIRANG dengan waktu yang singkat saya sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup kita menjadi kaya, buktinya angka pemberian MBAH 4D nya pada tanggal 23/10/2016 yaitu 9512 tembus alhamdulillah saya menang sebanyak Rp.480 juta dan alhamdulillah semua hutang-hutang saya sudah bisa terlunasih juga... Mungkin saudara/saudari diluar sana lagi butuh angka togel 2D|3D|4D silahkan konsultasi atau minta bantuan dengan MBAH WIRANG jangan takut anda bisa hubungi di nomer ( 082346667564 / +6282346667564 )

Tetap Semangat Semua Permasalahan Pasti Ada Jalan KeluarNya...

Anonymous said...

Sorang keluar bole lumpuh???
Kah3
Bodo mcm lembu jugak pak karamu ni.

Keluar pas puluh2 ribu buat parti amanah negara tu tak lumpuh pulak??
Kah3

Kuar umno puluh2 ribu buat parti bersatu tu tak lumpuh pulak??
Kah3

Bodo lembu pak karamu

cass said...

kau ni islam ke apa? setakat kau sorang hidup dgn duit haram sudahlah...knp kau nak ajak org lain pula...mmg kau ni iblis bertopeng manusia...neraka jahannam tempat kau....setiap inci tubuh badan kau...darah yg mengalir dlm tubuh kau semua haram...banyak lg cara lain mencari rezeki halal....bukann dgn cara dan jalan yg haram....pohon ALLAH laknat kehidupan kau dan keturunan kau.

cass said...

ALLAH akn melaknati kamu..wahai manusia yg mencari jalan haram sebagai sumber kehidupan. neraka jahannam tempat kamu.

cass said...

ALLAH akn melaknati kamu..wahai manusia yg mencari jalan haram sebagai sumber kehidupan. neraka jahannam tempat kamu.

cass said...

bodoh punya indon...perkara khurafat ....syirik yg kamu cari...org pertama yg bakal dihumban ke neraka adalah mbah wirang kamu...lps itu kamu dan semua yg makan hasil haram tu...bertobat sebelum kamu terkena laknat ALLAH.

cass said...

terima kau pada aki mupeng kamu...bukan dgn ALLAH...sembahlah aki kamu tu...ada akal tetapi bodoh...aki kamu itu siapa yg jadikan?..tidak tahu bersyukur...nikmat yg kamu dapat hari ini bukan aki mupeng laknatullah yg beri...bodoh punya wanita...indon laknat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.