Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN BERGANTUNG DENGAN PARTILAIN MACAM PAN ?

Amanah bukan cabaran Pas
Amanah bukan cabaran Pas
Hashim menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana 26 Tahun Kelantan Membangun Bersama Islam di Medan Ilmu, semalam. - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Pas tidak melihat Amanah sebagai ancaman besar berdepan PRU14, sebaliknya parti itu lebih memilih fokus perjuangan dekatkan dan mengembalikan umat Islam kepada al-Quran.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, perjuangan itu dilihat lebih mencabar dan tiada parti lain mampu melaksanakan tanggungjawab besar itu.

“Pas mesti ke depan, jangan harap orang lain. Saya tidak nampak orang lain (parti lain) yang boleh jadi penerokaan awal ke arah tersebut. Pas mampu kerana kita ada presiden yang jadi Ketua Ulamak Sedunia. Kita sudah ada jalan boleh kita ikut,” katanya kepada media, semalam.

Beliau hadir ceramah sulungnya di negeri ini sempena Ceramah Perdana 26 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Pas negeri dan Pusat.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai Amanah yang dilihat musuh politik terbaharu Pas selepas Umno dan DAP, malah turut wujud bayangan Pas mungkin berdepan pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Menjawab pertanyaan itu, Hashim berkata, Pas parti matang dan mempunyai jawatankuasa khas untuk membantu melihat dengan lebih mendalam mengenai sesuatu isu.

“Kita ada Lajnah Politik. Dari situ mereka akan buat keputusan, Majlis Syura hanya lihat kalau keputusan itu bertepatan syarak dan berdepan masalah atau tidak, tetapi kalau bercanggah dengan syarak, Majlis Syura bagi pandangan.

“Majlis Syura berkuasa batalkan keputusan jawatankuasa Pas Pusat, tetapi jarang berlaku dalam Pas, lebih-lebih lagi  jawatankuasa sekarang. 

"Pertemuan tiga penjuru, tunggu keputusan lajnah politik yang bawa keputusan kepada Pusat nanti. Kalau mereka kata sedia nak lawan tiga penjuru, kita tengok, kalau tidak bercanggah, Majlis Syura sokong,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sombong nanang.
Berkawan dgn amanah pun ko kata tak menepati syarak.

Mcm la mengkafir, membarua dan bersifat munafik tu menepti syarak plK

Anonymous said...

Dah teruk kehadiran terlampau sedikit. Pas akan berkubur

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.